Jiggy, Dhabitah manis bersemut

Jiggy, Dhabitah manis bersemut

BARU-BARU ini isteri kepada pelakon dan juga pelawak, Jiggy Masin iaitu atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri ada berkongsi video ‘perpisahan’ sementara mereka sewaktu di lapangan terbang.

Difahamkan Dhabita kini berada di China untuk mengikuti kejohanan terjun. Diva tak pasti pertandingan apa sebab bab-bab sukan, Diva memang tolak tepi.



Tapi apa yang menarik perhatian Diva melihat kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan Jiggy terhadap isterinya untuk pergi berjuang demi negara.

Sewaktu di lapangan terbang, Dhabita yang bertubuh kecil molek memeluk erat suaminya. Tinggi betul Jiggy rupanya. Dah macam dia pula yang atlet.

Rata-rata netizen mahu pun rakan artis pun menyakat gelagat suami isteri itu apabila terhibur melihat aksi mesra mereka.

“Adinda di medan perang, kekanda di medan seni,” usik seorang netizen menyanyikan lagi Perwira nyanyian Allahyarhamah Saloma.



“Comelnya. Tiba-tiba rasa nak kahwin pula,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Mesti hantar adikkan? Adik sambung belajarkan? Abang dia kerja apa? Mesti ada buka kelas erobik,” usik pelakon Datuk Fizz Fairuz.

Alahai, kita yang tengok pun tersenyum-senyum sendiri. Janganlah Jiggy risau, bini bukan nak pergi berperang pun. Doakan semoga Dhabita berjaya harumkan nama Malaysia okay! K Online

Jiggy, Dhabitah manis bersemut



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker