Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun

Lembah Hunza terletak di utara Pakistan.

Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun

SEORANG lelaki yang sudah berusia lebih 100 tahun, Hamayoon Baig, sedang berehat di rumahnya di Faizabad di Lembah Hunza yang terletak di pergunungan Himalaya, di utara Pakistan. Udara sekitarnya sejuk dan nyaman. Cuaca masih berkabus meskipun matahari memanah terang. Waktu siang, suhu sekitar antara lapan hingga 12 darjah Celsius.

Lelaki ini pernah berkhidmat sebagai askar British selama 10 tahun dan kembali semula ke kampung halamannya bagi menghabiskan sisa hidupnya sebagai peladang.



Hari itu, Hamayoon berpuasa. Amalan berpuasa sekali dalam seminggu menjadi rutin biasa puak Hunza. Sepanjang hari, Hamayoon berehat bagi menenangkan fikiran. Esoknya, Hamayoon akan keluar bekerja seperti selalu. Biasanya Hamayoon bangun seawal pukul 5.00 pagi setiap hari. Namun awal-awal pagi, Hamayoon tidak menyentuh sebarang makanan, sekalipun pada hari berkenaan dia tidak berpuasa.

Hamayoon keluar rumah dan berjalan kaki berbatu-batu ke kebunnya. Bagi Hamayoon dan puak Hunza, berjalan kaki sejauh 15 hingga 20 kilometer sehari, itu menjadi perkara biasa. Rezeki awal Hamayoon, cuma air mineral yang dibawa sudah cukup memberikan sumber tenaga. Air mineral itu dicedok daripada mata air yang ditemui mengalir dicelah-celah perbukitan.

Setelah berjalan berpuluh batu, barulah Hamayoon tiba di ladangnya. Hamayoon dan puak Hunza bergantung hidup terhadap alam semula jadi sebagai punca rezeki. Hamayoon menanam sendiri sayur-sayuran, memetik buah-buahan yang ditanam sebagai sumber makanan keluarganya. Segala-galanya segar di Lembah Hunza. Makanan yang diproses supaya tahan lebih lama hanyalah buah-buahan kering yang dijemur bawah cahaya matahari dan hasil tenusu seperti keju dan mentega.



Tidak ada baja tiruan mahupun baja kimia yang digunakan dalam kebun Hamayoon dan penduduk Lembah Hunza. Hamayoon juga tidak menggunakan sebarang racun makhluk perosak. Bahkan, racun perosak menjadi bahan yang ditegah di Lembah Hunza.

Untuk menghalang serangga perosak mengganggu tanaman, Hamayoon menggunakan asap. Secara tidak langsung Hamayoon dapat melindungi tanamannya secara semula jadi. Apa pula makanan Hamayoon dan puak Hunza?

Hamayoon hanya makan dua kali sehari. Tengah hari dan malam. Hidangan pertama hanya bermula pada pukul 12.00 tengah hari, hidangan capati bersama kari kacang dal serta sayur-sayuran.

Pada sebelah malamnya, Hamayoon lebih gemar meminum susu, keju, tairu dan ayam. Kentang, kacang pis, lobak, bayam, salad, epal, buah pic, aprikot, ceri dan beri hitam termasuk sebagai diet harian Hamayoon.



Lelaki ini juga menggemari almond dan kacang aprikot. Almond dimakan begitu saja atau dijadikan minyak sebagai resipi turun temurun. Kebanyakan orang Hunza tidak gemar memakan daging sebagai diet harian kecuali sebagai hidangan istimewa apabila tiba majlis perkahwinan mahupun musim perayaan.

Walaupun bukan semua penduduk Hunza mengamalkan diet vegetarian, penggunaan daging amat kecil sekali dalam piramid makanan mereka. Majoriti penduduk Hunza masih sihat pada usia 100 tahun, masih mampu berladang dan berjalan kaki sejauh 15 kilometer sehari kerana amalan ini.

Kebanyakan kaum Hunza menganggap usia melebihi satu abad seperti Hamayoon bukanlah seorang tua seperti kita sangka tetapi masih muda remaja. Hidup mereka sentiasa ceria.



Menariknya, kajian mendapati, orang Hunza mengamalkan diet serupa yang digariskan oleh Hippocrates, bapa perubatan moden yakni, ‘makanan sebagai penawar terbaik kehidupan!’

Pertama: Jangan makan terlalu banyak melebihi keperluan. Orang Hunza hanya makan dua kali sehari.

Kedua: Jadikan sayur dan buah-buahan segar sebagai diet harian. Lebihkan makan sayur-sayuran mentah. Kurangkan makan daging.

Ketiga: Amalkan berpuasa seminggu sekali. Amalan yang dipraktikkan masyarakat Hunza ini berjaya merawat stres dan memberi ketenangan minda.



Keempat: Berjalan kaki sejauh 15 hingga 20 kilometer sehari. Itulah formula terbaik mengekalkan kesihatan sepanjang hayat amalan puak Hunza.

Kaum Hunza dikenali sebagai kaum yang berusia panjang dan mempunyai tahap kesihatan terbaik.

Info Tambahan :
1.Kaum Hunza juga dikenali sebagai masyarakat Burusho.

2.Mengikut kajian, kaum Hunza berada dalam senarai teratas untuk golongan yang berumur panjang dengan usia antara 100 sehingga 140 tahun.



3.Bukan sahaja hidup lebih lama, kajian juga mendapati kaum Hunza memiliki kekuatan fizikal yang ideal dan sepurna.

3.Tinggal di kawasan pergunungan dengan tanah subur, minum air dari sumber telaga dan mata air glasier salah satu yang meningkatkan kesihatan kaum Hunza.

5.Penyelidik yang melakukan kajian ke atas kaum Hunza mendapati, mereka tidak menghidap kanser apatah lagi penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis atau penyakit berkaitan buah pinggang, paru-paru dan tulang.

6.Usia mereka di 100 tahun tetapi masih kuat dan hidup seperti kita yang berusia 40-an. Utv

Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker