Muhyiddin hipokrit, sesumpah politik – UMNO Johor

Muhyiddin hipokrit, sesumpah politik – UMNO Johor

UMNO Johor menyifatkan bekas Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘sesumpah politik’ yang berbahaya dan harus ditolak oleh rakyat negara ini.

Setiausahanya, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, ini kerana Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan bertindak dengan mengeluarkan kenyataan yang hanya menguntungkan dirinya, mengambil kira suasana politik semasa.



“Bila kita bercakap pasal bekas Timbalan Presiden UMNO, Presiden Bersatu dan bekas Perdana Menteri, mungkin label paling tepat kepada Muhyiddin adalah manusia paling hipokrit.

“Apa taknya, dia sendiri bercakap tak serupa bikin. Dia boleh tuduh selepas 50 tahun, dia tak sangka UMNO boleh bekerjasama dengan DAP. Pada hal dia yang lebih dulu berjabat tangan, berpeluk mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semasa bernafsu untuk jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

“Sebabkan dendam kepada UMNO yang berikan kesenangan kepada dia selama berpuluh-puluh tahun, Muhyiddin sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata nak balas dendam dan kemaruk berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, Muhyiddin mempunyai rekod sebagai individu hipokrit dan pengkhianat dalam sejarah politik negara kerana pernah membuat tuduhan terhadap DAP sebagai sebuah parti cauvinis.



“Beliau menuduh DAP hanya sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu, sebaliknya berjuang untuk Malaysian Malaysia, sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang terlalu cauvinistik.

“Begitulah gambaran buruk yang Muhyiddin berikan kepada DAP ketika jadi musuh, tapi bila nak berkawan balik dan ada agenda politik peribadi, Muhyiddin terus jadi sesumpah. Dalam satu ucapan pada Januari 2018, dia pernah memberitahu prinsip Bersatu, siapa bertanding atas Pakatan Harapan (PH), DAP, Amanah atau PKR, kita sokong 100 peratus.

“Pada ketika itu dia begitu yakin, setelah terbuang daripada UMNO, Bersatu dan PH telah menjalin kerjasama. Hasilnya, PH menang dalam PRU14. Begitu juga dalam kes dia bersama Pas, Muhyiddin pernah melabelkan parti yang dia duduk bersama dalam Perikatan Nasional (PN) hari ini adalah parti ajaran sesat,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan Muhyiddin sekiranya hendak meludah kahak, jangan ke langit supaya tidak jatuh terkena batang hidung sendiri.



“Kalau nak buat tuduhan melulu kepada UMNO, intai dulu kudis yang membusuk di badan sendiri. Jangan berlagak suci dan tak pernah buat salah macam orang lain. Semuanya sudah terakam dan tertulis dalam sejarah,” katanya. Utusan

Muhyiddin hipokrit, sesumpah politik – UMNO Johor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)



Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker