Arab Saudi perosak bola sepak?

Arab Saudi perosak bola sepak?

Peminat bola sepak berang selepas Bernardo Silva menjadi pemain terbaharu dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi.

Pemenang tiga kejuaraan bersama Manchester City itu dilapor ditawarkan kontrak lumayan untuk beraksi dalam Liga Pro Saudi.



Silva, 28, diramal meninggalkan Etihad pada musim panas ini dan menurut The Athletic, ejennya Jorge Mendes sudah berunding mengenai kemungkinan berpindah ke negara Teluk itu.

Liga Pro Saudi sudah menyaksikan kebanjiran pemain ternama Eropah akhir-akhir ini termasuk pemain bintang Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.

Sementara N’Golo Kante, Hakim Ziyech, Wilfried Zaha, Sergio Ramos, Marco Veratti dan Roberto Firmino antara pemain yang ditawarkan kontrak lumayan untuk meninggalkan liga Eropah.

Ketika berita mengenai Silva mungkin tergoda untuk berpindah menyebabkan peminat marah dengan ramai mendakwa ia “merosakkan” bola sepak.



Seorang peminat menciap di Twitter: “Arab Saudi merosakkan bola sepak.”

Peminat kedua menulis: “Saya bercakap mewakili setiap orang apabila saya menyatakan Arab Saudi perlu disekat.”

Manakala seorang lagi berkata: “Jika Bernardo Silva meninggalkan kelab saya terpaksa melaporkan Arab Saudi kepada FIFA menerusi surat. Saya tidak boleh menyaksikan apa yang berlaku secara terang-terangan.”

Kelab Arab, Al-Hilal semakin hampir untuk mengikat kapten Wolves, Ruben Neves dengan harga £47 juta (RM278 juta), namun perpindahan buat Silva pasti sesuatu yang paling besar setakat ini.



Kontrak Silva di City berakhir pada 2025 dan dia dikehendaki Barcelona dalam dua jendela perpindahan musim panas sebelum ini. BH

Arab Saudi perosak bola sepak?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi



Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker