Ahmad Idham ikut Mahathir

Ahmad Idham ikut Mahathir

Bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzi, menyatakan azamnya untuk kekal mengikut jejak langkah politik Dr Mahathir Mohamad.

Ia sekali gus menolak kemungkinan dia bakal menyertai mana-mana parti politik seperti yang diambil beberapa artis lain, termasuk Eizlan Yusof baru-baru ini.



Kata Ahmad Idham, dia selesa bergerak bersama Mahathir yang dilihatnya melaksanakan agenda penyatuan Melayu demi masa depan bangsa tanpa menggunakan platform politik.

“Saya bersama Proklamasi Orang Melayu. Selagi Tun Mahathir memperjuangkan masa depan orang Melayu, saya akan ikut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menjawab kesediaannya untuk berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan membabitkan enam negeri tidak lama lagi, Ahmad Idham, 49, memberitahu dia hanya bertindak mengikut arahan.

“Saya belum pasti lagi, tunggu arahan orang atasan dari kumpulan NGO. Kami masih lagi dengan gerakan NGO di bawah Tun Mahathir,” ujarnya yang turut dikenali sebagai pelakon serta pengarah filem.



Proklamasi Orang Melayu merupakan inisiatif terbaru Mahathir selepas dia meninggalkan parti yang ditubuhkannya hanya beberapa tahun lalu, Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Ia berlaku selepas semua calon Pejuang serta Gerakan Tanah Air (GTA) bukan saja kalah, bahkan hilang deposit dalam PRU ke-15 yang diadakan pada Nov tahun lalu.

Ahmad Idham adalah salah seorang calon GTA dan dia diletakkan bertanding di Port Dickson, manakala Eizlan di Sabak Bernam.

Setakat ini beberapa ahli politik sudah memberikan sokongan kepada proklamasi berkenaan. Bagaimanapun mereka kelihatan memberikan dukungan itu atas kapasiti peribadi.



Antara mereka ialah pemimpin PAS termasuk presidennya Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu melalui sebuah klip video dikongsikan di Facebook menyifatkan sokongan yang diberikan terhadap proklamasi berkenaan adalah sebagai kembali kepada prinsip asal perjuangan Islam.

Mahathir dalam kenyataannya sebelum ini berkata, jika orang Melayu yang juga ahli Umno, PKR, Amanah serta segelintir dalam DAP berkongsi kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi Orang Melayu akan turut menandatanganinya.

Ahmad Idham berkata dia selesa untuk berkolaborasi dengan mana-mana parti politik selagi misi mereka sejajar untuk membantu komuniti anak-anak istimewa.



“Buat masa ini saya selesa bergerak atas nama NGO, tapi saya tak kisah nak berkolaborasi dengan sesiapa pun selagi perjuangan mereka nyata dan sealiran dengan saya terutama untuk pembangunan pendidikan dan kebajikan anak anak istimewa.

“Sebagai Melayu beragama, saya amat menghormati perjuangan PAS,” katanya. Mk

Ahmad Idham ikut Mahathir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi



Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker