Asyik muka dia sahaja – Hairul Azreen

Asyik muka dia sahaja – Hairul Azreen

Impian bergelar pelakon aksi tercapai apabila nama Hairul Azreen sering menjadi dambaan pengarah untuk melakonkan watak lasak di layar perak.

Hairul atau nama sebenarnya, Hairul Azreen Idris berkata, dia gemar mengambil tawaran lakonan bergenre aksi kerana ia adalah minatnya sendiri.



“Terus terang, saya banyak terima tawaran berlakon watak aksi sebab saya betul-betul minat.

“Saya buat sesuatu perkara yang penat, susah dan sakit. Ia memerlukan penilaian dari pelbagai aspek seperti kos persiapan badan dan sebagainya.

“Untuk cerita aksi, ia sinonim dengan saya. Ramai juga bercakap mengenainya. Alhamdulillah, ia satu perkara yang saya impikan selama ini,” katanya menerusi program hiburan popular TV3, Melodi.

Lebih selesa dikenali sebagai pelakon aksi, Hairul akui tidak kisah dengan cakap netizen yang mengkritik dirinya sering muncul dengan watak aksi.



“Dalam industri ini, ada yang suka, ada juga tidak. Saya buat sebab saya minat.

“Alhamdulillah, filem saya berjaya. Mungkin ramai yang tak suka saya. Ramai bercakap ‘asyik-asyik muka saya sahaja’.

“Bagi saya, jika meminati seseorang takkan bercakap begitu. Lain orang lain pendapat, terpulanglah nak buat apa.

“Apa yang penting, saya buat yang terbaik untuk diri saya,” ujar Hairul positif.



Dalam perkembangan lain, Hairul memaklumkan kini dalam proses berehat seketika selepas mengalami kecederaan pada bahagian ligamen krusiat anterior (ACL) lutut kirinya.

Suami kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha itu juga bakal muncul dengan filem Malbatt: Misi Bakara yang akan ditayangkan Ogos depan. BH

Asyik muka dia sahaja – Hairul Azreen

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan



Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker