Durian kaya pelbagai khasiat termasuk sebagai ejen kecantikan

Durian kaya pelbagai khasiat termasuk sebagai ejen kecantikan

DURIAN antara buah-buahan tempatan yang memiliki banyak khasiat dan makan pada kadar berpatutan ia bermanfaat untuk kesihatan, tetapi jika berlebihan boleh mengundang mudarat.

Mengikut Kementerian Kesihatan (KKM), bagi penghidap penyakit kronik tiga serangkai kencing manis, darah tinggi dan jantung serta yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan makan berpada-pada.



Ini kerana, durian mengandungi kadar gula dan kalium (potassium) yang tinggi yang boleh mempengaruhi pesakit penyakit kronik berkenaan.

Namun, hakikatnya, nikmatlah raja buah ini kerana ia juga mengandungi manfaat baik untuk kesihatan, iaitu mengandungi phytonutrien dan antioksidan tinggi dipercayai dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah.

Kajian mendapati durian berpotensi mengelakkan jangkitan kulat kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semula jadi untuk membunuh jangkitan.



Kajian juga menunjukkan durian sebagai ejen kecantikan kerana mengandungi Vitamin C bagi membantu mencerahkan kulit.

Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat. Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan rawatan menggunakan buah durian.

Selain itu, Vitamin C di dalam durian juga membantu ketahanan badan atau imuniti seseorang.

Selain pelbagai vitamin tinggi, ia juga mengandungi kandungan nutrien dan bahan kimia organik yang berfungsi sebagai antioksidan bagi mencegah atau melawan kanser.



Manfaat durian

Durian boleh membuang radikal bebas dalam badan dan melambatkan proses penuaan pada usia awal kerana kulit seseorang akan kurang berkedut dan kelihatan cantik.

Ia juga mengandungi asid amino dikenali sebagai ‘tryptophan’ yang diperlukan untuk meningkatkan paras serotonin dan melatonin.



Kedua-dua bahan neuro-kimia ini penting dalam menstabilkan emosi seseorang yang mengalami masalah kemurungan dan membantu kestabilan dalam proses tidur pada waktu malam.

Kajian juga menunjukkan durian memiliki glukos dan karbohidrat yang boleh menghasilkan sumber tenaga dalam kadar segera.

Durian mengandungi serat yang tinggi, membantu proses penghadaman dan pembuangan najis sekali gus mengatasi masalah sembelit.

Raja buah itu juga memiliki kandungan potasium yang tinggi dan kalsium untuk pembentukan tulang dan penumbuhan gigi.



Semua kebaikan ini diperoleh jika penggemar durian mengawal pemakanan secara sederhana. Jika berlebihan ia boleh memberi kesan kesihatan terutama mereka yang sudah menghidap penyakit tertentu.

KHASIAT DURIAN

* Mengatasi sembelit kerana ia mengandungi banyak serat.

* Mengatasi anemia kerana mengandungi folat atau Vitamin B9 yang boleh menghasilkan sel darah merah.



* Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan antipenuaan.

* Mengandungi banyak potasium atau kalsium sehingga baik untuk kesihatan tulang dan sendi. – Mengatasi migrain kerana mengandungi ribofl avin atau Vitamin B2.

* Meredakan tekanan kerana mengandungi Vitamin B6 atau piridoksin.

* Menjaga kesihatan gigi dan mulut kerana mengandungi phosphor. BH

Durian kaya pelbagai khasiat termasuk sebagai ejen kecantikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker