Mahathir juga tidak terlepas disoal siasat dalam isu rasuah

Mahathir juga tidak terlepas disoal siasat dalam isu rasuah

KETEKADAN Kerajaan Perpaduan dalam membanteras rasuah kini terbukti melalui penyiasatan terhadap beberapa tokoh dan kepimpinan besar negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan ke atas bekas-bekas Perdana Menteri termasuk Dr Mahathir dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dilakukan sendiri agensi penguat kuasa itu secara bebas dan berkecuali.



Beliau berkata, ia sejajar dengan peranan SPRM yang melaksanakan tugas berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang.

“Orang yang menganggap ini sebagai siasatan bermotif politik, harus melihat kepada fakta dan bukan sentimen politik untuk kelirukan rakyat.

“Kalau nyata dari segi siasatan ada kes yang dianggap berprofil tinggi dan mempunyai alasan cukup kukuh untuk didakwa itu tugas SPRM dan Jabatan Peguam Negara,” kata beliau pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Sabtu lalu, SPRM memaklumkan akan meneliti unsur kesalahan rasuah berhubung dakwaan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan Dr Mahathir.



Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan akan dijalankan sekiranya asas itu wujud mengikut kesalahan rasuah.

Sementara itu, Anwar dalam pembelaan terhadap saman fitnah Dr Mahathir pada Khamis terhadapnya membangkitkan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta kepada Opcom Cables Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Dr Mahathir.

Presiden PKR itu mendakwa anak sulung Dr Mahathir, Datuk Mirzan menjadi Pengarah Opcom Cables dari 1994 hingga 2021, anak kedua Tan Sri Mokhzani menjadi pengarah dari 2009 hingga 2019, anak ketiganya, Datuk Seri Mukhriz menjadi pengarah dari 1994 hingga 2019, dan isteri Mukhriz, Datin Seri Norzieta Zakaria menjadi pengarah dari 1995 hingga 2021.

Dr Mahathir adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika kontrak itu diberikan.



Selain Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah disoal siasat berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) pada 9 Mac lalu.

Bagaimanapun, usaha yang dibawa Kerajaan Perpaduan itu dipuji bagi membersihkan anasir negatif tersebut.

Namun diharapkan ia bukan dendam yang akhirnya memakan diri masing-masing. Sinar

Mahathir juga tidak terlepas disoal siasat dalam isu rasuah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat



Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen



Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker