Datuk Seri ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana ugut jenayah

Datuk Seri ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana ugut jenayah

Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan digelar ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap ahli perniagaan di sebuah restoran di Jalan Dutamas, di sini.

Difahamkan, dua kejadian berasingan berlaku pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.



Sumber berkata, kejadian berlaku ketika ahli perniagaan berusia 63 tahun itu mengadakan pertemuan bersama suspek berusia 54 tahun dan seorang lagi rakan.

Katanya, suspek dipercayai tidak puas hati apabila mangsa tidak menunaikan permintaan supaya melantiknya dan seorang lagi rakan sebagai pengarah syarikat.

“Suspek didakwa menunjukkan sepucuk pistol yang diselit pada seluar sambil mengugut mahu menembak mangsa.

“Dalam pertemuan kedua pula, suspek sekali lagi mengugut dan menampar mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil sebelum dileraikan seorang rakan mereka,” katanya.



Berikutan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan sudah di peringkat akhir dan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. BH

Datuk Seri ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana ugut jenayah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker