Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS

Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS

Beberapa organisasi dan individu hari ini membidas Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor atas kenyataannya, pakaian seragam jururawat terlalu ketat dan tidak patuh syariah.

Kesatuan jururawat mempertahankan pakaian seragam itu, manakala Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata, sangat memalukan apabila Ahli Parlimen PAS lebih kisah mengenai etika berpakaian jururawat ketika orang ramai bimbang kemampanan sistem penjagaan kesihatan negara.



Presiden Kesatuan Jururawat Malaya, Nor Hayati Abd Rashid, berkata pakaian seragam jururawat direka untuk berfungsi dan memudahkan mereka menjalankan tugas.

Katanya, ia tidak ketat dan mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Peraturan untuk pakaian seragam (jururawat) adalah ia tidak boleh terlalu ketat dan (labuh baju) mestilah melebihi punggung. Ada garis panduannya,” katanya kepada FMT.

“Terpulang kepada penyelia jururawat untuk memantau (pakaian seragam). Selalunya, ketua jururawat akan menasihati jururawat jika pakaian seragam mereka terlalu ketat.”



Katanya, pada 1980-an, jururawat memakai skirt tetapi kod pakaian ditukar kepada pemakaian seluar supaya lebih patuh syariah.

“Saya tak pasti apa yang Ahli Parlimen itu fikirkan apabila buat kenyataan sebegitu. (Pakaian seragam) ini bukan baharu, kami sudah pakai lama,” katanya.

Ketika membahaskan kertas putih mengenai reformasi kesihatan awam yang ditunggu-tunggu, Wan Razali mengulas pakaian seragam jururawat ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Beliau berkata, pakaian seragam semasa jururawat “mengikut acuan Barat” dan harus lebih longgar. Katanya, jururawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, dan Pusat Perubatan Sultan Azlan Shah di Kuantan, Pahang, diberi pilihan kod pakaian.



Bekas pensyarah kejururawatan Universiti Malaya (UM), Rasnah Abdul Rahman, berkata keupayaan jururawat menjalankan tugas ditentukan oleh pendidikan, latihan dan pengalaman yang signifikan, dan tidak boleh dikecilkan berdasarkan pakaian seragam mereka.

“Jururawat boleh berfungsi dengan berkesan dalam apa-apa jenis pakaian, ketat atau tidak. Tiada kajian yang menunjukkan pakaian ketat dipakai oleh jururawat memberikan kesan negatif ke atas pesakit,” katanya. FMT

Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?



Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker