Ini sebab DAP hanya dapat 4 jawatan dalam kabinet

Ini sebab DAP hanya dapat 4 jawatan dalam kabinet

DAP menerima bilangan jawatan dalam kabinet yang lebih rendah dan tidak seimbang kerana parti itu memilih untuk bertolak ansur dengan menjangkakan masalah yang mungkin timbul berikutan landskap politik yang semakin terpolarisasi di negara ini, terutama berkaitan isu kaum dan agama.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga berkata pelantikan menteri kabinet adalah hak mutlak perdana menteri.



“Sudah tentu (polarisasi) membimbangkan kami dan itulah sebabnya kami membuat keputusan tertentu seperti yang kami buat. Jika kita tidak sentiasa sedar tentang isu-isu itu, saya boleh saja buat bising.

“Seperti kenapa kita hanya diberi empat jawatan menteri? Kerana pada fikiran saya, kita tahu terdapat polarisasi dalam masyarakat.

“Ia berbahaya kepada fabrik negara kita dan itulah sebabnya kami mengambil langkah tertentu untuk memastikan kerajaan ini dapat berfungsi,” kata Loke dalam temu bual di BFM Breakfast Grill pagi ini.

Bagi memastikan negara berbilang kaum seperti Malaysia makmur, dia berkata tiada pilihan lain untuk perdana menteri selain Anwar Ibrahim pada masa ini.



Jika pentadbiran pimpinan Anwar tumbang, satu-satunya pilihan yang ada ialah Perikatan Nasional yang menurut Loke bukan merupakan pilihan DAP.

“Jika hari ini kerajaan ini tidak berfungsi, jika kerajaan ini gagal, apakah pilihannya? Pilihannya ialah anda mendapat gabungan yang tidak mempercayai kepelbagaian budaya.

“Itu bukan pilihan bagi kita, setakat apa yang DAP tahu, jadi kita kena buat kerajaan ini berfungsi kerana kerajaan ini menjunjung fabrik masyarakat dan negara kita yang berbilang kaum dan perdana menteri komited kepadanya.

“Itulah sebabnya kami membuat keputusan yang kami buat,” kata Loke, yang juga menteri pengangkutan. Mk



Ini sebab DAP hanya dapat 4 jawatan dalam kabinet

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker