Zamsaham, pulangkan segera baki wang saya

Zamsaham, pulangkan segera baki wang saya

JOHOR BAHRU: Seorang usahawan wanita mendesak pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham untuk memulangkan semula baki wang tuntutannya sebelum ini berjumlah RM249,675.60.

Pengarah Nita Sahari Properties Sdn. Bhd., Nita Sahari memberitahu, Zamsaham telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk berbuat demikian dengan segera pada 8 Mei lalu.



Sehubungan itu, katanya, Zamsaham telah melanggar perintah mahkamah kerana belum melunaskan hutang berkenaan.

“Tuntutan ini berkenaan pelaburan berjumlah RM999,675.60 yang saya buat ke dalam syarikat Uncle Zam Holdings miliknya pada April 2021. Saya bersetuju melabur kerana dalam perjanjian terdapat klausa yang membenarkan saya menarik pelaburan dengan penalti lima peratus.

“Saya juga tertarik untuk melabur kerana dijanjikan perniagaan itu bakal diberi tawaran awam permulaan (IPO) dengan jangkaan dalam tempoh enam bulan. Namun selepas tiada sebarang perkembangan terhadap pelaburan itu, saya buat keputusan untuk menarik diri.

“Dia kemudian berjanji untuk memulangkan wang pelaburan saya pada 24 Februari 2022, namun setakat ini, saya hanya menerima wang berjumlah RM750,000 dengan baki sebanyak RM249,675.60 masih belum dipulangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Justeru, Nita memberitahu, pihaknya telah membawa tuntutan berkenaan ke mahkamah sebelum keputusan akhir diterima pada 8 Mei lalu, iaitu Zamsaham perlu memulangkan baki wang tersebut dengan segera.

“Semasa komunikasi berhubung perkara ini dibuat, dia (Zamsaham) maklumkan akan buat pembayaran, dia siap minta nombor akaun seperti akan lunaskan segera pembayaran wang berkenaan.

“Tetapi selepas itu, dia terus menyepikan diri dan masih belum langsaikan pembayaran baki yang masih tertunggak,” jelasnya.

Sehubungan itu, Nita akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya bagi mendapatkan semula haknya dan enggan terus menjadi mangsa dalam kes berkenaan.



“Saya akan lihat tindakan perundangan yang boleh dikenakan terhadap syarikat itu sekiranya mereka masih berdegil dan enggan membayar segera wang berkenaan,” tegasnya. Utusan

Zamsaham, pulangkan segera baki wang saya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker