UMNO Cawangan Dato Hormat buat laporan polis terhadap media rasmi Pas

UMNO Cawangan Dato Hormat buat laporan polis terhadap media rasmi Pas

UMNO Cawangan Taman Dato Hormat membuat laporan polis selepas media lidah rasmi Pas gagal memohon maaf atas artikel bertajuk, “UMNO Taman Dato’ Hormat bubar, ahli sertai Pas” mengikut tarikh ditetapkan.

Laporan itu dibuat ketuanya, Jefrizal Mohd Jaafar supaya kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pihak terlibat iaitu Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Harakahdaily.net dan Editor Harakahdaily.net berhubung artikel yang disifatkan fitnah itu.



Menurutnya, beliau telah meminta pihak berkenaan memadamkan artikel itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh yang ditetapkan.

“Namun, sehingga pagi ini, artikel itu tidak dipadamkan dan saya bersama beberapa ahli cawangan tampil membuat laporan polis.

“Laporan ini bertujuan supaya pihak polis membuka kertas siasatan bagi mana-mana perbuatan yang boleh jatuh di bawah mana-mana peruntukan dalam Kanun Keseksaan dan telah merujuk perkara ini kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut melalui surat tuntutan,” katanya seperti dilaporkan UMNO Online, hari ini.

Jelas Jefrizal, artikel dalam perenggan pertama dengan jelas melaporkan, “Seramai 48 anggota UMNO cawangan Taman Dato Hormat, Telok Panglima Garang, Selangor mengisytiharkan keluar parti dan membubarkan cawangan mereka.



Kata beliau, satu tajuk dimuatnaik oleh pemegang akaun facebook bernama Harakahdaily dicapaiannya yang bertajuk, “UMNO Tmn Dato’ Hormat bubar, ahli sertai Pas”.

Artikel itu diterbitkan pada 9 Jun lalu mendorong Jefrizal membuat gesaan kepada penerbit dan editor Harakahdaily agar membuat permohonan maaf serta memadamkan laporan yang berunsur fitnah dalam tempoh 24 jam.

Katanya, sebagai Ketua UMNO Cawangan itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya laporan itu dan berdasarkan semakan, tidak ada seorang pun ahli cawangan itu keluar parti, apatah lagi menyertai Pas.

“Saya dapati laporan ini sungguh tidak bertanggungjawab, cuai, jauh dari tahap profesionalisme dan mendatangkan kemudaratan kepada pihak lain termasuk diri saya sendiri selaku Ketua Cawangan serta seluruh ahli cawangan ini umumnya.



Tegasnya, beliau tidak tahu menahu jika ia merujuk kepada mana-mana cawangan lain.

“Tetapi sepanjang pengetahuan saya, tiada cawangan yang dibubarkan lebih-lebih lagi Cawangan Taman Dato Hormat,” katanya. MG

UMNO Cawangan Dato Hormat buat laporan polis terhadap media rasmi Pas

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker