Gaji Messi Amerika jauh ketinggalan dengan Ronaldo di Arab Saudi

MIAMI: Lionel Messi akan dibayar lumayan untuk karier baharunya di Amerika Syarikat (AS), namun tetap tidak mampu menyaingi seteru lamanya, Cristiano Ronaldo.

Legenda Argentina itu mengesahkan dia akan menyertai ­Inter Miami milik bekas bintang England, David Beckham pada musim panas ini selepas usaha kembali ke Barcelona musnah.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) apabila kontraknya tamat hujung bulan ini dan dia dilihat tidak gembira di kelab berkenaan.



Messi ditawarkan hampir 300 juta pound (RM1.73 bilion) setahun untuk berpindah ke Arab Saudi selepas mengumumkan untuk meninggalkan PSG.

Bagaimanapun, dia menolak untuk menyertai Ronaldo dan Karim Benzema yang beraksi dalam Liga Pro Saudi.

Selepas menolak tawaran lumayan di Asia Barat, kapten ­Argentina yang memenangi Piala Dunia itu masih akan mendapat gaji besar di AS.

Kontrak Messi dilaporkan bernilai 119.34 juta pound (RM691 juta) untuk dua tahun setengah.



Ia bersamaan 918,000 pound (RM5.3 juta) seminggu dan 90.70 pound (RM528) seminit, namun Messi masih boleh mendapat lebih daripada itu.

Adidas, Apple dan Liga Bola Sepak Utama (MLS) juga menarik perhatian Messi dengan cadangan komersial yang menguntungkan.

Adidas salah satu penaja korporat terbesar liga, mereka mencadangkan perjanjian perkongsian keuntungan, bermakna penyerang itu akan menerima keuntungan hasil penglibatan di MLS.

MLS dan Apple juga mempertimbangkan untuk menawarkan Messi sebahagian hasil yang dijana menerusi Pas Musim, pakej penstriman liga di Apple TV+.



Begitupun, Ronaldo menikmati 173 juta pound (RM1 bilion) setahun dengan Al-Nassr pada bulan Januari.

Perjanjian penuh itu akan berjalan selama tujuh tahun dengan kapten Portugal tersebut turut ­diberi peranan sebagai duta Arab Saudi untuk penawaran tuan ­rumah Piala Dunia 2030 sebaik sahaja dia ‘menggantung’ but.

Ini bermakna Ronaldo boleh mengumpul 1.2 bilion pound (RM6.96 bilion) sepanjang kontrak dan memperoleh 5.50 pound (RM31.90) setiap saat. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker