Mahathir ‘payung’ Sanusi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kebebasan untuk beliau bersuara tidak menjadi sebahagian daripada perubahan yang dijanjikan kerajaan.

Ia susulan siasatan yang dilakukan terhadap beliau berhubung sejarah Kedah dan Proklamasi atau Pemasyhuran Orang Melayu.

“Jawapan saya kepada banyak soalan yang ditanya adalah mudah. Jika didakwa di mahkamah (mahkamah terbuka) saya akan jawab.



“Di Tanah Melayu dengan seorang Melayu mengetuai kerajaan, orang Melayu tidak boleh bercakap tentang masalah mereka. Ia adalah rasis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa bercakap benar tentang sejarah bukan merupakan satu jenayah.

Katanya, sekiranya apa yang dikatakan adalah salah, ia perlu dibuktikan.

“Jika tidak (dibuktikan), menghantar polis untuk menyoal saya adalah satu bentuk ugutan,” katanya.



Minggu lalu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan berkata, Dr Mahathir telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur penghinaan ke atas Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.

Keterangan Dr Mahathir diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di Yayasan Albukhary kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung



Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker