Messi sumbang gol, Argentina benam Iceland

Messi sumbang gol, Argentina benam Iceland

Messi sumbang gol, Argentina benam Iceland
LIONEL Messi meraikan jaringannya. FOTO AFP

Auburn: Lionel Messi hanya memerlukan beberapa minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk membuktikan dirinya sudah pulih sepenuhnya apabila membantu Argentina menewaskan Iceland 3-0 dalam aksi pemanas badan terakhir menjelang Piala Dunia di Auburn, Alabama, hari ini.

Kapten Argentina itu memulakan perlawanan di bangku simpanan ketika jurulatih, Lionel Scaloni memilih untuk tidak mengambil risiko terhadap pemain berusia 38 tahun itu yang baru pulih daripada masalah keletihan otot.

Messi sebelum ini dikeluarkan ketika membantu Inter Miami menewaskan Philadelphia Union 6-4 pada 24 Mei lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai tahap kecergasannya menjelang Piala Dunia.

Selain Messi, beberapa tonggak utama termasuk Julian Alvarez, Enzo Fernandez dan Alexis Mac Allister turut direhatkan pada awal perlawanan ketika Scaloni menurunkan barisan eksperimen di hadapan hampir 88,000 penonton.

Namun, segala keraguan mengenai kecergasan Messi terjawab apabila pemenang Ballon d’Or lapan kali itu mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang 20 minit berada di atas padang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Tidak Mahu Duduk Semeja Dengan Dap Bukan Ketepikan Kaum Cina’


Argentina yang akan mempertahankan kejuaraan dunia membuka kempen Kumpulan J menentang Algeria pada 17 Jun sebelum berdepan Austria dan Jordan.

Iceland sebenarnya hampir mengejutkan lawan apabila Mikael Egill Ellertsson gagal memanfaatkan peluang terbaik di awal permainan selepas rembatan pemain itu tersasar walaupun gawang terbuka luas.

Sebaliknya, Argentina yang terlebih dahulu membuka jaringan.

Kekalutan di dalam kotak penalti Iceland gagal diselesaikan dengan sempurna sebelum bola jatuh ke kaki pertahanan Strasbourg, Valentin Barco yang mudah melepaskan rembatan ke penjuru bawah gawang.

Nico Paz berpeluang menggandakan kelebihan Argentina sebelum rehat, namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Iceland, Elias Olafsson.

Scaloni kemudian melakukan lima pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan Fernandez, Mac Allister dan Lautaro Martinez.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hormati Perbezaan … Kerjasama Kerajaan Perpaduan Tidak Jejas Prinsip Parti – Mohd Rafi



Martinez hampir menambah jaringan Argentina tetapi dua percubaannya sekadar menggegar tiang gol.

Penantian penyokong untuk melihat aksi Messi akhirnya berakhir pada suku terakhir permainan apabila dia dimasukkan dari bangku simpanan.

Sentuhan pertamanya hampir menghasilkan gol apabila hantaran cemerlangnya menemukan Martinez sebelum penyerang itu dijatuhkan Olafsson ketika cuba melakukan lambungan.

Messi yang mengambil sepakan penalti tidak berdepan masalah menyempurnakan peluang berkenaan untuk jaringan antarabangsa ke-117 dalam penampilan ke-199 bersama Argentina.

Bintang Inter Miami itu kemudian sekali lagi memainkan peranan penting dalam gol ketiga apabila hantarannya menemui Rodrigo De Paul yang melorongkan bola kepada Thiago Almada untuk disudahkan ke dalam gawang.

Kemenangan itu memberikan suntikan keyakinan besar buat Argentina menjelang misi mempertahankan kejuaraan Piala Dunia dalam tempoh beberapa hari lagi.

Messi sumbang gol, Argentina benam Iceland


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Projek Naik Taraf FT17 Fokus Keselesaan Dan Kesejahteraan Rakyat – Mohd Jafni


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker