Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu

Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu

Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu
STADIUM Darul Makmur terima peruntukan RM7 juta untuk naif taraf stadium berkenaan. FOTO ASROL AWANG

Kuantan: Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu terutama tahap pencahayaan lampu limpah apabila menerima peruntukan RM7 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf kemudahan stadium itu.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Fadzli Mohamad Kamal, berkata peruntukan itu membabitkan kerja menaik taraf lampu limpah, pendawaian elektrik dan tempat duduk penonton di stadium berusia 53 tahun itu.

“Perjuangan saya lebih tiga tahun dalam usaha mendapatkan peruntukan (RM7 juta) khususnya menaik taraf lampu limpah dan tempat duduk akhirnya tertunai.

“Ini kerana padang stadium juga bertaraf dunia dan penambahan baikan lampu limpah, tempat duduk dan pendawaian elektrik yang dinaik taraf melengkapkan kemudahan di stadium, sekali gus memberikan keselesaan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Tidak Mahu Duduk Semeja Dengan Dap Bukan Ketepikan Kaum Cina’


Pada Mei tahun lalu, Stadium Darul Makmur mencatat sejarah tersendiri apabila padang rumputnya diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagai padang rumput semula jadi pertama di Malaysia yang menerima pensijilan melalui program kualiti FIFA permukaan padang semula jadi.

Padang rumput `Bermuda Tifgrand’ yang berasal dari Jepun lebih tahan lasak, kehijauan dan tumbuh rapat.

Fadzli berkata, tender projek itu akan dibuka bulan ini dan diuruskan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kerajaan negeri berterima kasih kepada KBS kerana menambah baik kemudahan Stadium Darul Makmur,” katanya.

Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Projek Naik Taraf FT17 Fokus Keselesaan Dan Kesejahteraan Rakyat – Mohd Jafni


 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker