Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara

Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara

Kertas siasatan melibatkan dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang merancang menjatuhkan kerajaan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang (PN-Marang) telah disiasat polis susulan laporan terhadap mereka diterima.

Saifuddin berkata, Shahidan disiasat berhubung kenyataan berkaitan rancangan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tahun lalu, untuk meletakkan PN kembali berkuasa.

Dalam pada itu, Hadi pula disiasat berkait kenyataan menumbangkan kerajaan sedia ada melalui sistem demokrasi negara.

“Kedua-dua kertas siasatan telah diserahkan ke pihak Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung tindakan kerajaan melibatkan kenyataan disifatkan menderhaka.

Pada Disember, Shahidan dilaporkan berkata, “Jadi kami sedang berusaha supaya kabinet ini tidak tahan lama dan insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat”.

Beliau kemudian berkata, kenyataan itu sekadar pandangan semata-mata. “Apabila saya kata ada usaha itu semua, ia usaha saya lah,” kata bekas menteri itu.

Pada Mac, Hadi berkata, pembangkang mempunyai hak merancang menjatuhkan kerajaan, sambil menambah tiada sesiapa mampu menghentikan daripada berlaku. FMT

Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker