Mahathir akan jumpa Muhyiddin

Mahathir akan jumpa Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

“Hari ini dia (Muhyiddin) tidak dapat hadir tapi dia sokong penuh Proklamasi Orang Melayu tapi saya akan adakan pertemuan dengan Muhyiddin di satu masa (akan datang),” katanya dalam sidang media khas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, hari ini.



Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin serta Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa hadir dalam sidang media ini.

Mahathir sebelum ini berkata, beliau sedia untuk kembali bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Ditanya sama ada kerjasama kembali antara kedua-dua pihak ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Mahathir berkata, perkara itu akan dibincangkan semasa pertemuan nanti.

“Itu kita akan bincang,” katanya lagi.



Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas sebagai parti dalam PN bertindak menyokong usaha Mahathir dalam menggerakkan Proklamasi Orang Melayu.

“Kita sudah buat keputusan PN untuk sokong Proklamasi Orang Melayu,” katanya dalam sidang media sama.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Mahathir sekiranya mempunyai matlamat yang sama. MG

Mahathir akan jumpa Muhyiddin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu



Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker