Wolverine pupus lebih 100 tahun dilihat di California

Wolverine itu dikesan di Gunung Mammoth, California. – MailOnline

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seekor wolverine dijumpai buat kali kedua di California Utara sejak spesis itu dipercayai pupus lebih 100 tahun lalu, lapor portal berita Mail Online semalam.

Gambar haiwan itu dirakam oleh Ryan Campbell pada Mei lalu ketika dia bermain ski di Gunung Mammoth, California.

Semasa menaiki gondola menuju ke puncak gunung, seorang individu tidak dikenali menunjukkan tangan ke arah haiwan itu selepas melihatnya di sebuah kawasan bersalji.

Penampakan haiwan itu adalah kali kedua selepas ia dikatakan pupus di California pada 1922 akibat perburuan.

Campbell memberitahu laman berita SFGate bahawa haiwan itu kelihatan seperti ‘beruang kecil namun memiliki corak putih, ekor panjang dan kepala yang berbeza.’

Dia kemudian mengeluarkan telefonnya dan merakam gambar haiwan itu dari jarak jauh.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker