Rashdan serah dokumen berkaitan dana judi PN kepada SPRM

Rashdan serah dokumen berkaitan dana judi PN kepada SPRM

Seorang ahli perniagaan telah menyerahkan dokuman yang didakwa mengandungi bukti kaitan antara PN dengan syarikat perjudian, kepada SPRM.

Ia beberapa hari selepas kerajaan berkata SPRM belum membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu ekoran kekurangan bukti.

Ahli perniagaan bernama Rashdan Yusof itu ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini dan dilaporkan disoal siasat selama kira-kira tiga jam.

“Maklumat yang saya ada disokong oleh dokumen tertentu. Saya serahkan kepada SPRM untuk menyiasat perkara itu,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Rashdan, 52, menafikan ada kaitan dengan mana-mana parti politik atau NGO.


Baca Artikel Menarik:

Rafizi beri alasan kemerosotan ringgit ekoran ketidaktentuan ekonomi global


Pada Disember lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana yang digunakan PN dalam PRU15 adalah daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said menerusi jawapan parlimen berkata SPRM tidak membuka kertas siasatan berkenaan dakwaan itu kerana maklumat yang ada “terlalu umum” dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.

Ia menyebabkan beberapa pemimpin PN mengecam Anwar, mendakwanya sebagai berbohong. Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pula berkata dia menimbang untuk memfailkan saman terhadap Anwar.

Anwar bagaimanapun bertegas dia tidak akan membuat dakwaan itu jika ia tidak berasas. Mk

Rashdan serah dokumen berkaitan dana judi PN kepada SPRM


Baca Artikel Menarik:

Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker