Zahid dah serik dengan PAS

Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi berkata 19 pemimpin parti-parti kerajaan perpaduan tidak pernah bincang tawar PAS sertai mereka.

Zahid dah serik dengan PAS

Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi akui beliau sudah serik dengan PAS yang baru-baru ini mendakwa ia ditawar untuk menyertai kerajaan perpaduan.

Beliau yang juga presiden Umno berkata 19 pemimpin parti-parti kerajaan perpaduan tidak pernah bincang untuk membuat tawaran kepada PAS.



“Tidak ada parti dalam kalangan kami percaya dengan mereka sebab mereka tidak kotakan janji, ikrar, dan piagam yang telah dipersetujui,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.

“Secara peribadi saya serik dengan parti berkenaan.”

Kerajaan perpaduan dibentuk oleh Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, serta beberapa parti lain.

Presiden PAS, Hadi Awang, pada Sabtu mendakwa beliau dihubungi ‘orang tertentu’ beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.



Beliau bagaimanapun mempersoalkan tawaran itu dan berkata sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi yang lebih berbanding parti lain.

Dakwaan Hadi bagaimanapun membingungkan pelbagai pihak. Beberapa hari kemudian, timbalan Hadi, Tuan Ibrahim Tuan Man, mendakwa beliau juga dihubungi bagi tujuan sama, namun PAS ingin kekal bersama Perikatan Nasional.

Zahid meminta semua pihak melupakan dakwaan PAS itu.

“Jika ada pun yang dakwa kononnya bertemu dengan pemimpin atau lapisan kepimpinan parti berkenaan itu…kami tidak anggap sebagai satu perjumpaan rasmi,” katanya. FMT



Zahid dah serik dengan PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar



Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39



Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker