Tikam rakan kerana skandal dengan isteri

Tikam rakan kerana skandal dengan isteri

Seorang lelaki menikam rakan sekerja selepas mengesyaki mangsa menjalin hubungan dengan isterinya dalam kejadian di sebuah kilang kayu di Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.

Kejadian berlaku di pekarangan asrama pekerja pada 1.30 tengah hari semalam, melibatkan suspek berusia 35 tahun dan mangsa 34 tahun warga Myanmar yang tinggal bersebelahan bilik, dalam kawasan kilang berkenaan.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri perutnya akibat ditikam dengan sebilah pisau.

“Saksi kejadian iaitu isteri mangsa juga warga Myanmar berkata, dia terkejut apabila melihat suaminya memasuki bilik asrama mereka dalam keadaan berlumuran darah dan luka di bahagian kiri perutnya tengah hari semalam,” katanya menurut Kosmo.

Beliau berkata, sebelum meninggal dunia mangsa sempat memberitahu dia ditikam suspek selepas bergaduh kerana dituduh mempunyai hubungan dengan isteri lelaki itu.

Zaidy berkata, suspek tinggal berseorangan di bilik berkenaan kerana isterinya bekerja di luar daerah dan dia dikatakan sering bertengkar dengan mangsa sebelum ini kerana tidak berpuas hati berikutan mangsa selalu memuji kecantikan isterinya setiap kali mereka bertemu.

Katanya, selepas menerima maklumat kejadian, pihaknya melakukan siasatan dan berjaya menahan suspek yang bersembunyi di kawasan kilang itu empat jam kemudian.

“Suspek mengaku menikam mangsa dan menunjukkan sebilah pisau berhulu hitam berukuran 29cm yang digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, suspek direman enam hari bermula hari ini hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan kes bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT

Tikam rakan kerana skandal dengan isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker