Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibicarakan bersama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika semua kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Kata Wan Shaharudin, pendakwaan memfailkan permohonan itu semalam dan ia diserahkan kepada peguam bela hari ini.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan pada atau sebelum 30 Jun ini bagi pembelaan menjawab permohonan itu dan turut menetapkan 14 Julai bagi pendakwaan membalasnya.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadiri prosiding sebutan kes pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti BERSATU dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat turut hadir di pekarangan mahkamah pada jam 8.55 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu. BH

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker