Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
Seorang wanita dipercayai pembantu rumah yang dirantai majikannya dalam bilik air sebuah rumah pangsa di Taman Tenaga berjaya diselamatkan.
Amah dirantai majikan
Seorang penduduk Taman Tenaga yang enggan dikenali memberitahu pada awalnya dia pergi ke kedai runcit kawasan berkenaan sebelum dimaklumkan oleh pekerja premis itu mengenai jeritan seorang wanita dari arah kawasan flat berhampiran.
Kami kemudiannya ke bunyi jeritan itu yang datang dari arah sebuah rumah di tingkat dua flat berkenaan. Memandangkan rumah itu berkunci, kami menghubungi pihak polis untuk membuat pemeriksaan.
Pihak polis kemudian memecah pintu rumah tersebut dan menemui seorang wanita warga Indonesia berada dalam keadaan lesu dan dirantai dalam bilik air. Sementara menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, mangsa dirantai oleh majikannya iaitu pasangan suami isteri kerana disyaki mencuri barang kemas.
Menurut sumber, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah.
Baca Artikel Menarik:
- Liyana Jasmay berisiko hidap kanser
- Puteri Sarah akui sudah ‘move on’, kini sibuk tawaran kerja di Jakarta
- Yasmin Hani dinasihat kahwin segera dengan Alif Hadi
- Anak Que Haidar raih perhatian