Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak

Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak

Permohonan pengarah sensasi, Syamsul Yusof melanjutkan perintah injunksi terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana ditolak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan agar kes itu didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak), namun Syamsul tidak menghadirkan diri pada sebutan pertama kes itu.

Syamsul membuat perintah injunksi terhadap Puteri Sarah pada 25 April lalu bagi mencegah isterinya mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut rumah tangga di semua platform.

Abdul Halim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes memfailkan jawapan terhadap injunksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.

Peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, injunksi pertama yang dibuat plaintif terhadap anak guamnya hanya sah dalam tempoh 30 hari.

“Kes hari ini adalah sebutan pertama yang mana mahkamah meluluskan anak guam saya untuk menjawab perintah injunksi yang dibuat oleh plaintif.

“Plaintif membuat permohonan secara lisan menerusi peguamnya, Azmi Mohd Rais untuk melanjutkan perintah injunksi berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas mendengar prosiding interparte dan kita membuat bantahan, mahkamah menolak permohonan plaintif,” katanya.

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu perlu membuat permohonan secara rasmi sekiranya ingin melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah yang bakal berakhir pada 27 Mei ini.

“Selepas tempoh itu, tiada halangan untuk anak guam saya mengeluarkan sebarang kenyataan di mana-mana platform seperti media sosial dan sebagainya.

“Namun, kita tidak menggalakkan anak guam membuat kenyataan sesuka hati,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah yang hadir ditemani pengurusnya tiba kira-kira jam 9.22 pagi.

Pelakon drama Andai Itu Takdirnya bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai prosiding, hari ini.

Malah, ketika tiba di perkarangan mahkamah, Puteri Sarah memaklumkan tidak tahu mengenai prosiding hari ini.

Kes pasangan itu akan bersambung pada petang ini bagi prosedur Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah masih berjalan di Mahkamah Syariah dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar sebelum Syamsul mengakui sudah bernikah dengan wanita itu pada awal Januari lalu di Thailand.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. BH

Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker