Ketua kampung temui ajal atas pentas

Sedang asyik menyanyi lagu dangdut

Ketua kampung temui ajal atas pentas

Ketua kampung temui ajal atas pentas
Ketua kampung temui ajal atas pentas

SEORANG ketua kampung di Jember, Jawa Timur, Indonesia menemui ajal ketika sedang menari dangdut di atas pentas dalam satu acara di kampungnya.

Dalam klip video yang tular di media sosial, kelihatan lelaki berkenaan yang berbaju batik sedang menari dan menyanyi bersama penyanyi wanita bergaun merah dalam kejadian pada malam kelmarin.

Namun secara tiba-tiba, dia rebah menyebabkan beberapa orang kampung segera naik ke pentas untuk membantu.

Ketua Polis Ambulu, Asisten Komisioner Polis Suhartanto berkata, mangsa meninggal dunia kerana terlalu letih selepas menjalani aktiviti padat sepanjang hari.


Baca Artikel Menarik:

Watie Hanifiah Soal Shuib – Awak tak malu kan terbawa saya masuk televisyen?”


Menurutnya, Mulyono yang berusia 50an menghadiri majlis bersama polis pagi kelmarin sebelum pergi ke rumah saudaranya di Banyuwangi pada waktu tengah hari.

Pada waktu malam, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu memenuhi undangan acara dangdut yang diadakan penduduk setempat. – Liputan6

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker