Tawaran diskaun 40 peratus di Pesta Buku Antarabangsa KL 2023

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada 26 Mei hingga 4 Jun.

Grup Buku Karangkraf menawarkan potongan harga sehingga 40 peratus bagi setiap pembelian buku sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang akan bermula pada 26 Mei hingga 4 Jun.

Pengerusi Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, diskaun sebanyak 10 peratus turut ditawarkan bagi setiap pembelian buku baharu.

“Pada tahun ini, kita menawarkan 70 judul baharu merangkumi novel cinta, novel seram, buku kanak-kanak dan bahan bacaan umum.

“Tawaran dan pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung yang hadir di reruai kami sepanjang PBAKL nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Firdaus berkata, terdapat sebanyak 32 jenis al-Quran terbitan Karya Bestari dijual kali ini.

Selain itu, katanya, al-Quran tagging juga dijual dengan promosi harga serendah RM85.

“Pengunjung boleh datang dan lihat sendiri variasi Al-Quran Karya Bestari seperti Waqaf & Ibtida’, Terjemahan Perkata, Tafsir bil Hadis dan banyak lagi.

“Editor penerbitan al-Quran Karya Bestari juga akan berada di pesta buku itu nanti untuk menjawab segala persoalan anda mengenai al-Quran kami,” jelasnya.

Firdaus berkata, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik, antaranya pertandingan mewarna dan berpeluang memenangi banyak hadiah.

“Program Happy Hour yang diadakan pada jam 1 hingga 2 petang membolehkan pengunjung menyertai games di reruai Karangkraf,” katanya.

Dalam pada itu, Firdaus mengajak pengunjung datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan bagi mendapatkan buku yang ditawarkan dengan harga murah dan berpatutan.

“Saya galakkan peminat untuk hadir bagi memeriahkan program tersebut kerana tahun ini ada banyak jenis buku yang boleh didapati di reruai tanpa mengira peringkat umur,” ujarnya.

Mengenai persediaan, Firdaus berkata, pihaknya giat menyusun stok buku-buku sedia ada dan bahan promosi bagi memastikan penjualan di reruai Karangkraf berjalan lancar.

“Penganjur sedang membuat persediaan reruai dan kita akan mula memasukkan stok buku pada Khamis ini,” ujar beliau.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker