Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong

Kenyataan Annuar Musa sepertimana laporan pada 15 Mei lalu hanyalah menzahirkan pemikiran naif serta hatinya yang busuk dipenuhi sifat kebencian.

Annuar sepatutnya sedar bahawa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang dijalankan dua hari lalu adalah kelangsungan – setelah enam bulan – titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk pasca PRU-15.

Dan faktanya jelas. Perikatan Nasional (PN) enggan menyertai kerajaan ini sepertimana dititahkan. Dengan kata lain, PN gagal memahami dan bertindak selaras titah Seri Paduka.



Malangnya, perkara semudah ini gagal difahami Annuar. Bahkan tanpa segan silu, Annuar telah memetik DAP dalam kenyataan beliau.

Saya harap Annuar tonton semula rakaman penuh ucapan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke serta pemimpin-pemimpin Kerajaan Perpaduan yang lainnya. Kehadiran DAP bersama-sama 19 parti politik yang lain ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu adalah simbol kesetiaan kepada Raja Melayu yang menjadi tonggak Malaysia sepertimana diikrarkan dalam rukun negara.

Kehadiran ribuan penyokong serta pendokong 19 parti yang membanjiri WTC adalah bukti kesetiaan kepada negara. Meskipun dengan pelbagai latar belakang yang berbeza, kami meninggalkan apa juga perseteruan lampau demi menjunjung titah tersebut.

Annuar mendakwa Konvensyen Kerajaan Perpaduan bakal membawa malapetaka kepada Umno.



Namun hakikatnya, konvensyen tersebut bukan malapetaka apatah lagi penamat. WTC menjadi saksi sebuah permulaan baru jajaran politik tanah air.

Politik yang mengangkat agenda rakyat tanpa membezakan bangsa, agama mahupun wilayah tertentu selaras dengan semangat Malaysia yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Ini jauh sekali berbeza daripada pandangan Annuar yang ternyata meleset dan hanya mampu menafsirkan atas pelabelan ‘sosialis’ dan ‘liberalis’ semata-mata.

Pandangan dangkal Annuar ini tidak lain hanyalah menzahirkan keserakahan politik kuasa semata-mata yang mahu memecah belahkan rakyat. Sedang Kerajaan Perpaduan bawah teraju Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang bekerja keras membela rakyat, memulihkan ekonomi dan mengangkat nama Malaysia di mata dunia.




SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI ialah ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dan Naib Pengerusi DAP Johor.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker