Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan

Akibat pakaian seksi Amelia, netizen persoalan akidahnya.

Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan

Baru-baru ini, pelakon Amelia Henderson ada memuat naik satu foto dirinya memakai baju seakan-akan baju dalam bersama skirt berwarna merah.

Hal itu membuatkan dirinya mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya terkejut serta mempertikaikan tindakannya memuat naik foto sedemikian di media sosial.

Bukan itu saja, ada juga netizen mempersoalkan pegangan agamanya ketika ini kerana difahamkan, sebelum ini Amelia telah memasuki agama Islam kerana mengahwini anak saudara Sultan Kedah iaitu Tunku Harrunarasheed pada tahun 2015, namun sudahpun bercerai.

Oleh kerana itu, kebanyakkan netizen beranggapan Amelia sudah memeluk agama Islam, tetapi disebabkan pakaian serta kehidupan yang sering dipaparkan dalam media sosial, netizen merasakan Amelia sudah kembali ke agama asalnya.

Bahkan, disebabkan pelakon itu berpakaian seksi seperti itu, ramai mendakwa dirinya sudah tersasar jauh jika dia masih beragama Islam.

Bagaimanapun, persoalan netizen itu masih tiada jawapan dan tiada siapa mengetahui berkenaan hal terbabit.

Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker