Kem Najib akan sabotaj Umno dan PH?

Kem Najib akan sabotaj Umno dan PH?

Penganalisis politik tidak bersetuju dengan pandangan bahawa rasa tidak puas hati dalam Umno semakin meningkat terhadap presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung sabitan Najib Razak dalam kes SRC International.

Ini berlaku walaupun Zahid menerima kritikan hebat daripada beberapa warganet di Facebook selepas memuat naik foto beliau menghadiri tayangan perdana filem “Anwar, The Untold Story” pada Isnin.



Bulan lalu, pemimpin Umno yang dipecat, Khairy Jamaluddin dan ketua penerangan yang digantung, Shahril Hamdan juga telah memberi amaran dalam podcast mereka tentang rasa tidak senang penyokong Najib atas sabitan dan hakikatnya bahawa Lembaga Pengampunan tidak membincangkan permohonan Najib.

Bagaimanapun, Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia menolak dakwaan itu, dan mengatakan penyokong Najib masih memerlukan Zahid untuk pembebasan ‘bos’ mereka.

“Penyokong Najib mungkin tidak berpuas hati dengan keadaan semasa tetapi tidak sampai tahap mensabotaj Zahid atau Umno dalam PRN.

“Lebih 150 bahagian Umno bersama Zahid. Jadi, buat masa ini, beliau adalah ‘alpha’,” kata Kartini kepada FMT.



Beliau menegaskan bahawa penyokong Najib dalam Umno adalah penyokong setia parti, manakala mereka yang menentang Najib telah disingkirkan lebih awal atau secara sukarela menarik diri untuk menyertai Bersatu atau PAS.

Ahli akademik itu menegaskan bahawa Zahid mungkin tegas dalam mengemudi parti tetapi dia bukan “mafia”.

“Ahli Umno mungkin tidak banyak pilihan untuk menentangnya, memandangkan Zahid bersekutu dengan perdana menteri dan mereka membentuk kerajaan sekarang. Dalam politik, ia adalah mengenai kuasa. Mereka yang memegang kuasa,” kata Kartini.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura juga mempunyai pandangan sama dengan berkata beliau tidak melihat sebarang tanda keretakan antara Najib dan Zahid.



Menurutnya, penyokong Najib hanya akan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam PRN jika pembangkang memperjuangkan pengampunan dan pembebasan pemimpin mereka.

“Saya tidak begitu pasti Zahid dan Najib memimpin kumpulan yang berbeza dalam Umno. Saya fikir mereka bersama-sama mengetuai kumpulan yang sama, kerana kedua-dua Zahid dan Najib sekurang-kurangnya terikat bersama dengan kedua-duanya berdepan kes jenayah, walaupun Najib kini telah menamatkan rayuannya untuk sabitan (SRC International).

“Melainkan PN menyokong pembebasan Najib, saya tidak fikir Najib akan mengumpulkan penyokongnya untuk menyokong PN atau mensabotaj Umno dalam PRN.”

Selain itu, walaupun sabitan Najib dan Lembaga Pengampunan tidak membincangkan permohonannya untuk pengampunan diraja, Oh percaya pengampunan itu akan diberikan dalam masa terdekat. FMT



Kem Najib akan sabotaj Umno dan PH?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker