Ada rahsia Ridzuan Hashim hanya Allah yang tahu – Didie

Ada rahsia Ridzuan Hashim hanya Allah yang tahu – Didie

Sungguhpun tidak lagi mempunyai ikatan, pelakon Didie Alias, 51, mengiringi perjalanan terakhir bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim, 62, hingga selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, semalam.

Kata Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali, dia bersyukur pengurusan jenazah bekas suaminya berjalan lancar dan lebih bermakna.



Malah, katanya, dia turut berpeluang menguruskan pengebumian arwah.

“Ini adalah fardu kifayah dan tanggungjawab walaupun arwah bukan suami saya, tetapi dia adalah bapa kepada anak-anak saya.

“Alhamdulillah, syukur saya dapat selesaikan dan mengiringi perjalanan akhirnya dengan baik, dari tengah hari sampai ke liang lahad. Malah, anak-anak pun ada bersama saya.

“Saya reda dengan pemergiannya. Saya sudah lama memaafkan arwah dan menghalalkan makan dan minum.



“Saya juga tak pernah berdendam dengan arwah. Saya bersyukur menerima suami dan ibu bapa mentua yang memahami, walaupun arwah adalah bekas suami.

“Mereka tiada masalah membantu saya menjaga arwah ketika sakit.

“Terima kasih kepada mereka yang membantu dan mengiringi perjalanan arwah sehingga ke liang lahad,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kariah Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, semalam.

Dalam pada itu, Didie berkata, arwah sempat menjamah rendang ayam hasil masakan pada malam sebelum menghembuskan nafas terakhir.



“Saya rasa macam baru sahaja berjumpa dengan arwah, malam tadi (kelmarin).

“Saya masak rendang ayam dan menghantar ke rumahnya. Dia memuji sedap dan mengatakan rendang saya ‘champion’.

“Begitulah sikap arwah yang menyenangkan, selalu memuji masakan saya.

“Jadi, kami reda dengan takdir ini. Arwah pergi dengan baik tanpa menyusahkan sesiapa.



Ada rahsianya hanya Allah yang tahu,” katanya.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Ridzuan yang menghembuskan nafas terakhir ketika sedang bersarapan di kediamannya antara jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada jam 8.30 malam, semalam.

Lebih 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan artis dan kenalan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Berita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan Didie menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang semalam. BH



Ada rahsia Ridzuan Hashim hanya Allah yang tahu – Didie

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker