Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam

Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam

Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam

Itu kisah permulaan hubungan penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri dengan pelawak dan pelakon, Jiggy Masin yang sudah selamat bernikah dalam satu majlis tertutup pada Jumaat lalu.

Menerusi video yang dimuatnaik Dhabitah, 23, di laman Instagram miliknya, ia memberi bayangan yang kedua-dua mereka mula jatuh cinta antara satu sama lain ketika menjalani satu sesi penggambaran sebuah program televisyen.



Dalam video itu menunjukkan Dhabitah menyelamatkan Jiggy atau nama sebenarnya, Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 33, daripada lemas di sebuah kolam renang dan cuba memberikan bantuan kecemasan kepada pelakon berkenaan.

Menerusi keterangan pada gambar dan video yang dimuat naik itu, Dhabitah menulis: “What a plot twist you were” bersama emoji hati.

Setakat jam 1 tengah hari tadi, hantaran berkenaan sudah mendapat 79,201 tanda suka 748 komen yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pengantin baharu itu termasuklah daripada rakan-rakan dalam kalangan atlet negara.


Baca Artikel Menarik:

“Separuh nyawa saya pergi selama-lamanya.” – Diyana Ridzuan




Antara yang memberikan komen adalah rakan sepasukan Dhabitah dalam skuad terjun negara, Ooi Tze Liang menerusi akaun Instagram miliknya ooitzeliang_official yang menulis: Hensem dan comel bergabung.

Dhabitah turut membalas: Hahaha… bergabung meletup?

Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin turut memberikan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Dhabitah dan suaminya termasuklah penerjun, Wendy Ng dan bekas ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi. FMT



Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?



Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker