Hattan terima ugutan bunuh dan santau

Hattan terima ugutan bunuh dan santau

Hattan terima ugutan bunuh dan santau

Ugutan bunuh, mahu santau isteri dan anak.

Itu antara mesej dihantar netizen ke Instagram penyanyi, Datuk Hattan, 59, susulan kontroversi dia menempelak pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan mengenai pemergian Mael XPDC, baru-baru ini.

Selain itu, Hattan turut menerima pelbagai mesej berbaur hinaan dan cacian dengan bahasa amat kasar yang mendakwa dia kurang ajar dan tak beradab terhadap pembaca berita terbabit.

Ia dikongsi isterinya, Datin Arianie Abidin, 52, di Instagram Story yang mengakui dia menitiskan air mata tatkala membaca komen dan mesej di Instagram suaminya itu.

Arianie berkata, dia akan setia menyokong suaminya itu walaupun pelbagai kecaman dilemparkan selain menerima komen berbaur ugutan menerusi ‘direct message’ di Instagram.


Baca Artikel Menarik:

Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi ‘naik angin’ tegur portal hiburan


“Jarang-jarang saya meluahkan perasaan kat IG (Instagram) saya. Hari ini saya nak jadi netizen-netizen yang meluahkan perasaan kat IG Story. Mengenai kes suami saya yang viral dikecam, dihentam, dicaci, dimaki, dihina, disumpah, diugut dari netizen-netizen yang sangat mulia dan begitu baik budi bicara.

“Walaupun ramai yang kata bagilah pencerahan, tapi bagi saya tak perlu kot sebab saya pasti kalau saya berkata pasti ada yang kata ‘ala suami dia mestilah dia pertahankan, tak gitu? Tak apalah biarlah saya simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan saya saja yang kenal dia,” katanya.

Arianie turut mendedahkan Hattan tidak membaca semua mesej dan komen netizen itu kerana dia yang mengendalikan akaun Instagram suaminya itu.

“Saya yang jaga IG suami. Saya yang muat naik video dan sekarang saya yang ‘private’kan Instagram Hattan. Ini kerana saya tak mahu anda semua tambah dosa.

“Suami saya memang tak baca pun. Kalau nak komen, itu pilihan anda dan komenlah di ruang yang sedia ada, okay,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Astro Awani bidas Hattan, “Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing”

 


Menurut Arianie, walaupun menitis air mata apabila membawa komen dan mesej berkenaan, tetapi sebagai isteri dia perlu kuat dan selalu berada di belakang suami.

“Tak kira apa pun. Baik buruk dia, dia adalah suami saya.

“Semoga kita semua ambil iktibar. Tiada siapa pun yang sempurna. Setiap manusia ada buat kesalahan. Janganlah kita berkata komen hingga menimbulkan fitnah. Takut yang dianggap salah yang dapat pahala. Kita pula dapat dosa,” katanya.

Dalam pada itu, Arianie juga kesal dengan netizen terbabit yang mendakwa Hattan biadap, kurang ajar dan tidak beradab, tetapi mereka sendiri menulis komen dan menghantar mesej yang penuh dengan kata-kata cacian, carutan dan hinaan. HM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker