Wanita maut ketika selam snorkel

Wanita maut ketika selam snorkel

Seorang pelancong tempatan meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung ketika melakukan aktiviti selam snorkel di pantai dekat sebuah pusat peranginan di Semporna, Sabah semalam.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, wanita berusia 53 tahun terbabit mengadu sesak nafas dan cuba diselamatkan sebelum dibawa ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia.



Ketua Polis Semporna, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa dibawa ke bot dan daratan untuk diberi bantuan pernafasan oleh kakitangan pusat peranginan itu.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dipercayai disebabkan serangan jantung,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan dan setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut kerana kematian mangsa tiada sebarang unsur jenayah.

Terdahulu, tular video 38 saat di media sosial menunjukkan sekumpulan individu cuba memberi bantuan kecemasan kepada mangsa di kawasan pusat peranginan di Semporna. FMT



Wanita maut ketika selam snorkel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?



Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker