Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu

Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu

Siapa tidak ‘geram’ melihat kanak-kanak comel berkulit gebu, berambut perang dan berbadan gempal, ini pula anak selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal ini.

Terdahulu setelah sekian lama peminat menunggu untuk melihat wajah Muhammad Bilal sehingga boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita mengenai anak usahawan terkenal Noor Neelofa itu.



Namun setelah pelbagai spekulasi bentuk wajah anak selebriti terkenal itu dikatakan telah tular di TikTok apabila ada seorang pengguna telah memuat naik wajah Bilal, penantian peminat selebriti dan usahawan terkenal menantikan pendedahan wajah Bilal akhirnya tertunai apabila Neelofa sendiri yang berkongsi wajah anaknya itu.

Meskipun, suami Neelofa iaitu Ustaz Haris pernah meluahkan berasa sedih dengan tindakan segelintir pihak yang menyunting wajah anaknya selepas terdapat individu tidak bertanggungjawab menularkan penampilan Bilal di tempat umum.

Namun kini, pasangan ini sering kali berkongsi perkembangan terkini tumbesaran anak sulung mereka itu tanpa lagi berselindung.

Malah, terbaru gambar anak kecil ini meraih perhatian netizen apabila dikatakan memiliki wajah persis seperti ibunya ketika kecil.



Neelofa juga ada berkongsi beberapa gambar anaknya itu ketika membuat ucapan khas buat suaminya sempena hari kelahiran Ustaz Harris.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet cukup berkenan dengan kecomelan anaknya itu sehingga ada yang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Sebelum ini, isu menutup wajah anaknya itu sangat menarik perhatian orang ramai di media sosial dengan pandangan positif mahupun sebaliknya, kini Neelofa dilihat semakin terbuka berkongsikan foto Bilal kepada umum.

Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?



Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker