Astro Awani bidas Hattan, “Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing”

Astro Awani bidas Hattan, “Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing”

Astro Awani bidas dakwaan bahawa pihaknya tidak memberikan penerangan ringkas atau briefing sebelum menemubual penyanyi berpengalaman Hattan untuk ke udara secara langsung (live) yang mencetus sensasi nasional baru-baru ini.

Penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit, Ibrahim Sani memaklumkan, pihaknya memiliki bukti bahawa Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin diberi keterangan daripada pihak Awani sebelum bersiaran langsung.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live).

“Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,” ciap Ibrahim menerusi Twitter.

Terdahulu, Hattan, 59, menerusi kenyataan rakan baiknya, Salimey Abu Bakar memberitakan kepada media bahawa dirinya tidak tahu bahawa temu bual dilakukan untuk siaran ‘live’.


Baca Artikel Menarik:

Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi ‘naik angin’ tegur portal hiburan


Menurut Salimey, dia menonton siaran berita Astro Awani ketika insiden berlaku pada pukul 10.40 pagi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena.

Katanya, pelantun lagu Rendang Tak Berbuah itu tidak mengetahui bahawa temu bual berlangsung untuk siaran ‘live’.

Hattan memercik sensasi apabila dia bertindak menyekolahkan atau menemplak seorang pembaca berita Astro Awani yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan berkaitan pemergian Allahyarham Mael XPDC.

Rentetan apa yang berlaku, ramai menggesa penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu supaya melakukan permohonan maaf secara terbuka termasuk daripada pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Tidak kurang dengan itu, ada sebilangan pihak yang menggesa agar penyanyi Biso Bonar digam daripada membuat sebarang kemunculan di mana-mana stesen televisyen disebabkan keterlanjuran kata dan tindakannya


Baca Artikel Menarik:

Hattan terima ugutan bunuh dan santau


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker