Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia

Rakyat Indonesia meluahkan perasaan terkejutnya apabila dapat mengetahui kerajaan Malaysia memberikan tol percuma selama empat hari ketika sambutan hari raya hujung minggu lalu.

Melalui satu perkongsian di TikTok Sari Ting Ting yang terkenal dengan klip video reaksi rakyat Indonesia terhadap kehidupan di Malaysia menunjukkan seorang warganegaranya terkejut ketika mengetahui kerajaan Malaysia memberikan tol percuma ketika musim hari raya.

Tangkap layar pengakuan seorang rakyat Indonesia berkenaan tol percuma di Malaysia.

Jelas lelaki tersebut yang dilihat memandu sebuah kenderaan di Malaysia, tempoh pemberian percuma selama empat hari itu juga adalah satu tempoh yang cukup lama.



“Jika anda ingin tahu, kerajaan Malaysia bagi tol percuma selama empat hari bagi rakyatnya untuk menyambut lebaran. Bukan hanya satu tol tetapi kesemua tol di seluruh negara.

“Jika di Indonesia juga ada tetapi hanya di 11 tol yang masih dalam pembinaan, bukan seperti di sini. Aku amat terkejut,” jelasnya yang menunjukkan paparan tol percuma di sebuah plaza tol Malaysia.

Pendedahan tersebut juga turut mendapat pelbagai komen oleh rakyat Indonesia dan ramai yang menyatakan begitu bertuah rakyat Malaysia kerana banyak menerima bantuan daripada kerajaan.

“Empat hari tu satu tempoh yang lama, sebelum ini aku ada dengar juga Malaysia memang bagi tol percuma setiap kali tibanyanya perayaan besar. Bagus pemimpin mereka,” Ujar Salawat7 Pelangi.



“Kita (Indonesia) juga ada percuma tetapi di beberapa plaza tol yang masih dalam pembinaan, ternyata plaza tol seperti ini jarang orang lalu,” tulis Hermanian.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta



View Chin rugi jutaan ringgit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker