Lebih baik saya duduk di Mekah – Zul Ariffin

Lebih baik saya duduk di Mekah – Zul Ariffin

Lebih baik saya duduk di Mekah – Zul Ariffin
“NAMPAKNYA, 2023 bagaikan satu tahun ketenangan ya buat Zul?”

Soalan itu kemudiannya disambut dengan tawa besar daripada Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 yang kini dilihat sudah begitu selesa mengenakan pakaian jubah, ringkas.

Menyapanya dengan rutin baharu yang kerap berulang-alik ke Tanah Suci Mekah sejak hujung tahun lalu, Zul Ariffin tidak menolak, hatinya senang apabila dapat berbuat demikian.

Namun, kata Zul, bukanlah niatnya untuk ‘melarikan diri’ daripada segala hiruk pikuk dan bingitnya pelbagai kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

Tak perlulah ditulis lagi apa kontroversi yang pernah dilalui Zul. Barangkali, orang juga sudah muak untuk mengingat kembali apa yang berlaku, sementelah pernah pula industri hiburan kita ini sunyi daripada pelbagai hal yang mengejutkan bukan?


Baca Artikel Menarik:

Selfi Nafilah dah bosan jadi janda


Lalu ini jawapan Zul ketika ditanya mengapa kini lebih selesa untuk buat hal sendiri hingga seakan terlihat dia menjauhkan diri dari segala perihal duniawi.

“Bukanlah nak kata tahun ketenangan sangat. Tetapi ya, saya buat hal sendiri saja sekarang. Banyak ulang-alik ke Mekah, Madinah dan Dubai.

“Bukan tak balik langsung, ada. Balik untuk jalani penggambaran dan kemudian pergi ke Mekah semula. Sebenarnya, tak ada apa sangat hidup saya sekarang,” katanya merendah diri.

Berkongsi lanjut, jelas Zul, dia memilih untuk tidak terlalu aktif di media sosial sejak kebelakangan ini, namun tiada sebab atau sebarang tujuan tertentu mengapa selesa begitu.

“Entahlah, saya sebenarnya memang rancang nak lepak saja. Nak relaks. Terus-terang, bukan sebab buat begini sebab nak elak kontroversi atau apa, tak ada pun.


Baca Artikel Menarik:

Anna Jobling pulak nak sertai Miss Universe


“Kalau saya rasa nak balik Malaysia, saya balik. Kalau tidak, memang saya banyakkan masa duduk di sana. Tengok tempat di sana, relaks.

“Aktiviti saya pun banyak buat umrah di sana, hari-hari. Kebanyakan masa pun saya seorang diri. Tak ada buat benda lain pun,” katanya.

Pun begitu, kata aktor berusia 36 tahun ini, berada di bumi Mekah dan Madinah membuatkan hatinya lebih tenang hingga kemudiannya terdetik hasrat untuk menetap langsung di sana.

Katanya, perkara itu lebih baik berbanding banyak duit dan masa dihabiskan untuk pergi ke negara lain.

“Saya tak kata diri ini baik. Tetapi rasanya lebih baik dan selamat kalau saya menetap di Mekah atau Madinah. Alahai, sekarang bukan macam dulu, ada duit, baliklah sini semula.


Baca Artikel Menarik:

“High Maintenance” punca lelaki takut dekati Nadia Brian



“Sekurang-kurangnya saya boleh elak daripada buat benda-benda bodoh. Daripada melancong ke tempat mengarut dan entah apa-apa yang saya akan buat, baik duduk di Mekah.

“Sampai bila ya tak nak buat benda mengarut? Perlahan-lahan kayuhlah orang kata. Hendak buat perubahan baik ini bukan dalam tempoh satu malam magis itu berlaku. Sekurangnya saya cuba,”katanya.

PANGGILAN ‘ABANG HAJI’

Bakal menunaikan hasrat dan impian untuk melakukan ibadah haji, Zul meminta semua pihak mendoakan dirinya agar segala urusan dipermudahkan.

Katanya, dia berhasrat menunaikan Rukun Islam kelima itu selepas Aidilfitri tahun ini.

“Bagaimanapun saya masih lagi menunggu keputusan. Sekarang ini belum terima apa-apa pengesahan namun rasanya nampak peluang macam cerahlah.


Baca Artikel Menarik:

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah


“Saya dah lama pasang hajat ini dan bersedia nak buat. Lepas ini Insya-Allah, panggilan ‘Abang Hajilah ya’,” seloroh Zul.

Sementara itu, ditanya mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri, kongsi Zul, tiada sebarang persiapan dilakukan memandangkan arwah ibunya, Robiah Nasir, juga sudah tiada dan meninggal dunia tujuh lalu.

“Kalau ditanya pasal raya, ya saya raya di sini tahun ini. Tapi tidak balik kampung pun sebab ayah juga ada di ibu negara.

“Arwah mak pun sudah tiada jadi nak kata beraya sangat itu tidaklah. Lepas raya ini pun ada penggambaran yang saya perlu jalani.

“Ada juga hasrat nak raya di Mekah, tapi belum dapat lagi. Tengoklah macam mana sebab semua ini rezeki dariNya juga,”katanya. Utusan

Ira Kazar Beraya Di Rumah Mentua?

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker