Perkelahan keluarga bertukar tragedi, gadis lemas di Lata Changkah

Nor Alia Farhana Mat Zaid berjaya ditemui namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Perkelahan keluarga bertukar tragedi, gadis lemas di Lata Changkah

BANDAR PERMAISURI: Seorang remaja perempuan ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama keluarganya di Lata Changkah, Kampung Hulu Seladang, tengah hari tadi.

Nor Alia Farhana Mat Zaid, 19, lemas selepas tergelincir dan tenggelam ketika mandi bersama lima sepupu perempuan dengan ditemani bapa saudara mereka.



Ketua Polis Setiu, Affandi Hussin, berkata mangsa yang berasal dari Seri Bandi, Kemaman berjaya dibawa naik ke darat oleh bapa saudaranya dengan bantuan ahli keluarga lain.

Beliau berkata, ahli keluarga mangsa kemudian menghubungi polis untuk bantuan dan Nor Alia Farhana disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian pada 1.55 tengah hari.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan selanjutnya. Polis ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti rekreasi di kawasan air atau di mana sahaja,” katanya. FMT

Perkelahan keluarga bertukar tragedi, gadis lemas di Lata Changkah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa



Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker