Penyondol boleh bau duit – Ahmoi

Penyondol boleh bau duit – Ahmoi

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial terkenal, View Chin, Shermine Hau Ah Moi memberi peringatan kepada usahawan dan ‘influencer’ popular supaya berwaspada dengan menjaga perangai dan sikap masing-masing.

Katanya, hal ini bagi mengelakkan ‘disondol’ individu yang mahukan mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan ‘berduit’.



“Mungkin kebanyakan laki rasa ahmoi buat ‘viral’ macam ni memang gila betul. Tapi janganlah ‘challenge’ (cabar) satu ibu demi anak-anak dia.

“Usahawan dan ‘influencer’ (pempengaruh) yang ‘famous’ (terkenal) di luar sekarang, jaga-jaga perangai ‘korang’. Ada duit ada penyondol saja,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian Shermine, dia mendakwa View Chin curang dengan seorang pekerja dikenali sebagai Mira semasa dia dalam pantang.



Pada masa sama, wanita itu juga turut mendedahkan dia dikasari oleh suaminya semenjak perniagaan mereka tular di TikTok dan kerap membuat siaran langsung bagi mempromosikan produk mereka.

Sementara itu, Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira mengakui hubungan cinta bersama View Chin hanya bermula setelah pasangan suami isteri itu berpisah.

Mira menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story di akaun Instagramnya, turut memohon maaf secara terbuka kepada Shermine dan anak-anaknya. K Online

Penyondol boleh bau duit – Ahmoi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan



Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker