Kemalangan bas ekspres-Myvi, pemandu bas akhirnya meninggal dunia

Kemalangan bas ekspres-Myvi, pemandu bas akhirnya meninggal dunia

Kemalangan bas ekspres-Myvi, pemandu bas akhirnya meninggal dunia
Keadaan bas ekspres yang terbalik akibat terlibat dalam kemalangan di KM 21.8, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus pada kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan maut dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 21.8 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus pada kelmarin meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Nik Nordin Jusof, 51, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.02 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, lelaki yang berasal dari Pulau Melaka, Kota Bahru, Kelantan itu mengalami patah kaki kiri akibat kemalangan tersebut.

“Sebelum ini, pasangan suami isteri Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan Siti Faridaf Ahmad, 46) yang menaiki kereta Perodua Myvi telah maut di lokasi kejadian.

“Anak mereka (Che Ku Batrisya) yang berusia 18 tahun pula cedera parah,” katanya di sini hari ini.

Baca Artikel Menarik:

Raysha Rizrose masih kekok pegang status isteri tapi seronok jalani hidup rumah tangga


Wan Mohd. Zaki berkata, Che Ku Batrisya sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) HSNZ.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan pasangan suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di lokasi kejadian

Baca Artikel Menarik:

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker