Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Amelia sertai Miss Universe Malaysia
Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Pelakon Amelia Henderson berhasrat menunaikan hasrat datuknya dengan menyertai Miss Universe Malaysia.

Katanya, impiannya mahu menjadi Miss Universe Malaysia dan ia memang sudah ditanamkan sejak dahulu lagi.

“Ia juga antara cita-cita saya, tetapi bila sudah menginjak dewasa dan melalui pelbagai perkara dalam kehidupan peribadi, saya merasakan rezeki bergelar Miss Universe Malaysia semakin pudar.

“Bagaimanapun, saya cukup yakin sekiranya bekerja keras, saya akan sertai atau bergelar Miss Universe Malaysia. Kalau tiada rezeki di situ sekalipun, mungkin ada perkara lain yang sudah ditetapkan untuk saya.

“Tetapi ada perkara yang menggembirakan apabila saya difahamkan bahawa pihak penganjur sudah membuat perubahan terhadap syarat penyertaannya. Jadi, saya merasakan mungkin ada peluang saya untuk menyertainya.


Baca Artikel Menarik:

Heistdilfitri karya pertama Zizan Razak sebagai pengarah


“Kemudian, saya membuat semakan mengenai had usia ditetapkan dan saya dapati masih ada peluang, namun ini adalah tahun terakhir buat saya sekiranya mahu menyertai Miss Universe Malaysia,” katanya kepada BH Online.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, dia berusia 27 tahun dan masih boleh untuk menyertainya, tahun ini.

“Jadi, saya sedang membuat pertimbangan sewajarnya mengenai penyertaan, tetapi jika diikutkan ini adalah peluang terakhir saya untuk mengambil bahagian.

“Saya mahu berkongsi mengenai apa yang berlaku dalam keluarga saya sebelum ini yang mendorong saya memandang serius berkenaan Miss Universe Malaysia.

“Ia adalah dorongan datuk saya. Beliau sudah berusia 94 tahun, sudah kabur pandangan dan kadang-kadang, tidak berapa nampak saya setiap kali datang menjenguknya. Pendengaran beliau juga kurang jelas.


Baca Artikel Menarik:

‘Dia nampak letih ketika show’ – Jaafar Onn terkejut Rohana Jalil kritikal di ICU


“Ibu saudara ada menghantar video bertanya kepada datuk sama ada patutkah saya sertai Miss Universe Malaysia? Dia terus setuju dan cakap saya patut mencuba nasib,” katanya.

Disebabkan itu, Amelia berkata, dia lebih tertarik kerana itu adalah doa datuknya.

“Sekarang, saya serba-salah kalau tidak menunaikannya. Jadi, kita tengoklah macam mana.

“Saya akan mempertimbangkan kerana banyak urusan kerja masih perlu difikirkan. Untuk mengambil kelonggaran pergi luar negara, jalani latihan, semestinya saya kena beri yang terbaik dan perlu tersusun.

“Pada masa sama, saya perlu mengambil kira prinsip diperjuangkan dalam pertandingan. Terutama, menyentuh mengenai pemerkasaan wanita dalam membuat pilihan,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul


Bagi Amelia, pemerkasaan wanita merangkumi kemampuan dan kebolehan wanita untuk memilih.

“Saya rasa perkara itu sangat penting untuk seorang wanita merasakan dirinya perkasa.

“Saya akui akan ada tugasan yang menuntut untuk berpakaian seksi, tetapi saya tak nak buat sesuatu yang dirasakan tidak selesa.

“Jikalau saya ada kuasa memilih, saya akan menentukan keselesaan, sebelum ambil keputusan menyertainya.

“Kalau pilihan saya tidak didengari dan terpaksa melakukan sesuatu demi memuaskan hati pihak tertentu, saya tidak akan masuk.


Baca Artikel Menarik:

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

“Lebih baik, saya fokus pada rezeki yang ada sekarang, sudah cukup,” katanya. BH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker