Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan

Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan

Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan
Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan

SERANGAN membabitkan Kamal Adli di Singapura Mac lalu meninggalkan perasaan takut dan trauma buat pelakon tersebut dan isterinya, Uqasha Senrose.

Uqasha yang ditemui pemberita pada majlis pelancaran filem Sumpahan Jerunai baru-baru ini, berbagi perasaan selepas insiden berdarah yang berlaku di sebuah karnival jualan di kota singa itu.

Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen memaklumkan dia telah mengambil khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan keluarga.

Tindakan tersebut adalah langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Kamal tidak dibiar berseorangan sebab kami telah menggunakan khidmat pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan di rumah.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai

 

“Selain itu saya juga telah membuat laporan polis untuk meminta pihak berkuasa buat pemantauan setiap tiga jam di sekitar kediaman kami,” katanya.

Mengulas tentang keadaan Kamal yang terkini, maklum Uqasha, suaminya stabil namun masih trauma. Katanya Kamal lebih selesa berdiam di rumah kerana emosinya sedikit terganggu dengan apa yang berlaku.

“Dia lelaki, tak akan tunjuk dia lemah. Tapi apabila emosinya tak stabil, nampaklah dia tak gembira.

“Bagaimanapun, dia tetap fahami saya yang penat bekerja. Kerana itu dia akan cuba untuk gembirakan hati saya walaupun keadaannya begitu.

“Situasi ini berat untuk saya. Tetapi saya tak mahu mengeluh sebab sedar ada orang lain yang berdepan dugaan yang lebih berat. Jadi kalau emosi Kamal tak stabil, saya kena faham dan tenang berdepan keadaan,” katanya lagi.


Baca Artikel Menarik:

Seorang Lagi Bekas Staf View Chin Dedah Perangai Buruk Mira


Takut keluar rumah

Uqasha mengaku dia juga cukup terkesan dengan apa yang berlaku. Kepada media dia meluahkan betapa dia juga khuatir dan risau terhadap ancaman keselamatan yang terbukti berlaku secara tidak disangka-sangka.

“Insiden itu berlaku depan mata. Saya akui masih takut. Bahkan jantung berdebar-debar bila keluar rumah, diri mudah terkejut bila orang lalu di sebelah.

“Sekarang, lepas kerja saya akan terus balik. Kalau keluar saya pastikan berteman, tak berani berseorangan.

“Isteri mana yang tidak risau lebih-lebih lagi melihat suami diperlakukan sedemikian rupa. Selama ini kita melihat perkara sebegini dalam drama televisyen sahaja.

Tetapi kali ini benar-benar berlaku depan mata,” katanya.

Hak Najib mohon Pengampunan DiRaja bila dinafikan perbicaraan yang adil

Dalam pada itu, Uqasha memaklumkan bahawa dia dan suami tidak akan berhari raya di luar, hanya menyambutnya di rumah bersama keluarga terdekat.

“Tahun ini akan menyambut Aidilfitri dengan keluarga terdekat sahaja. Mungkin kami akan berhari raya di rumah sahaja.

“Tambahan pula tahun ini giliran saya untuk menyambut Syawal bersama keluarga saya. Jadi akan lebih banyak bersama keluarga di rumah,” jelasnya. Utusan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker