Syamsul, Sarah tak jadi cerai

Syamsul, Sarah tak jadi cerai

Syamsul, Sarah tak jadi cerai
PUTERI Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Kuala Lumpur: Proses perceraian pasangan selebriti, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah Liyana, 38, yang dijadualkan berlangsung hari ini, tidak berjaya dilakukan apabila kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara.

Pengarah filem sensasi ini mengubah fikiran apabila tidak jadi menceraikan Puteri Sarah yang juga isteri pertamanya.

Berikutan itu, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Menerusi prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.


Baca Artikel Menarik:

Sebab Syamsul tak lafaz cerai hari ini

Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh itu yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma-terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini  mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Puteri Sarah berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.


Baca Artikel Menarik:

Elizabeth Tan akhirnya dapat selepas lapan tahun jadi penyanyi


Terdahulu pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas keengganan Syamsul untuk menceraikan isteri pertamanya itu.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul dalam kenyataannya enggan menceraikan Puteri Sarah kerana masih menyimpan perasaan sayang terhadap isteri pertamanya ini.

Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

One Comment

  1. Kedekut jugak rupanya syamsul Yusof niii…
    Kau tak tahu betapa sakitnya buritnya melahirkan anak engkau kau syamsul weiii…
    Duit keperluan untuk anak-anak dan dan ibu yg melahirkan anak mu pun kau kedekut…
    Begitulah manusia bila lupa dan tak sedar diri….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker