Najib boleh pecah dominasi PN di tiga negeri

Pemimpin PN bersilih ganti buat kenyataan tentang Pengampunan DiRaja Najib.

Oleh Norzahira

Pembebasan Datuk Seri Najib Razak sebelum Pilihan Raya Negeri bakal memecahkan dominasi Perikatan Nasional (PN) di tiga buah negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Perkara ini mengundang keresahan dikalangan pemimpin PN. Oleh itu, kita lihat mereka bersilih ganti membuat kenyataan menentang Pengampunan DiRaja Najib. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengampunan Diraja bakal diadakan pada 28 April ini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menerima memorandum dari 191 bahagian termasuk Wanita dan Sayap-Sayap Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang memohon agar kepimpinan tertinggi UMNO membela Najib yang disifatkan mempunyai banyak jasa kepada rakyat dan negara.

Malah MKT UMNO sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beserta memorandum yang ditandatangani oleh seluruh kepimpinan UMNO dari 191 bahagian.

Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, memperuntukkan bahawa petisyen pengampunan itu hanya boleh dilakukan oleh Najib, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri itu dan Jabatan Penjara.

Kini UMNO menyerahkan sepenuhnya isu pengampunan Najib kepada budi bicara Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenyataan penghakiman yang dizahirkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil dan wajar dibebas dan dilepaskan. Moga YDPA akan membebaskan Najib dari penganiayaan yang beliau sedang hadapi.

Memetik sumber Baginda bertitah, jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, maka keadilan tidak tercapai kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.

Akibatnya, titah Seri Paduka, pihak yang lemah menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa.

Maka, titah Al-Sultan Abdullah, titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan.

“Prinsip melaksanakan keadilan dalam Islam difirmankan oleh Allah SWT seperti termaktub dalam surah an-Nisaa, ayat ke-135.

Moga Najib dibebaskan dengan segera.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker