Pejalan kaki maut dilanggar pesawat semasa berlepas

Pejalan kaki maut dilanggar pesawat semasa berlepas

Pejalan kaki maut dilanggar pesawat semasa berlepas
Penumpang diturunkan daripada pesawat selepas kapal terbang itu melanggar seorang ‘penceroboh’ kelmarin

DENVER, COLORADO – Sebuah pesawat Frontier Airlines melanggar seorang individu yang menceroboh masuk ke landasan semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver di negeri Colorado, lapor akhbar The Guardian.

Penerbangan Frontier 4345 yang dalam perjalanan ke Los Angeles, negeri California itu melanggar seorang pejalan kaki ketika sedang berlepas pada pukul 11.19 malam (waktu tempatan). Perjalanan & Pengangkutan

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Denver berkata, individu terbabit memanjat pagar keselamatan sebelum dilanggar dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti, namun dia dipercayai seorang pekerja lapangan terbang. Mangsa berada di landasan kira-kira dua minit sebelum dilanggar,” kata jurucakap itu.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat, Sean Duffy melabelkan mangsa sebagai ‘penceroboh’ kerana ‘sengaja memanjat pagar keselamatan dan berlari ke landasan’.

“Penceroboh ini kemudian dilanggar pesawat Frontier Airlines yang sedang berlepas pada kelajuan tinggi,” tulis Duffy di platform X.

Beliau menambah, sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam kejadian itu dengan lima daripada mereka dimasukkan ke hospital.

“Penguatkuasa undang-undang tempatan akan menjalankan siasatan dengan sokongan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA),” tambahnya. – AGENSI

Pejalan kaki maut dilanggar pesawat semasa berlepas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker