Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami

Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami

Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami
Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami

Buang yang keruh ambil yang jernih.

Semudah itu peribahasa yang menggambar ketenangan yang bakal dimiliki seseorang setelah membuat keputusan untuk melupakan persengketaan lalu yang diharungi.

Pertemuan dua aktres popular Nora Danish dan Fasha Sandha yang dilihat berkumpul bersama di kediaman bekas keluarga mentua mereka iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah kembali menjadi perhatian peminat.



Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, turut memuat naik foto mesra bersama Nora dan Raja Noora selain bergambar bersama keluarga besar keluarga bekas suaminya, Rizal Ashram atau Jejai.

Susulan perkongsian itu, peminat berkongsi rasa gembira apabila kedua-dua aktres itu dilihat mesra dan benar-benar meletakkan sebarang persengketaan di antara mereka sebelum ini sebagai sejarah.


Baca Artikel Menarik:


Difahamkan perjumpaan keluarga itu bersempena meraikan ulang tahun kelahiran anak lelaki Fasha dan Jejai iaitu Putra Rayfal Ramli yang ke-10, selain berbuka puasa bersama di kediaman Ramli dan Raja Noora.



Di ruangan komen, rata netizen memuji kedua-dua aktres yang kelihatan lebih bahagia tanpa sengketa.

Malah, netizen turut mendoakan Fasha dan Nora kekal bahagia bersama keluarga masing-masing disamping memelihara hubungan erat ini.

“Masya Allah gembiranya tengok Fasha dan Nora bersama macam ini. Semoga keluarga ini kekal bahagia hingga ke syurga.

“Alhamdulillah tumpang rasa bahagia melihat keluaga ini. Pernah berpisah, bergaduh tapi masa mengubah semua. Syukur Alhamdulillah.




Baca Artikel Menarik:

Elizabeth Tan akhirnya dapat selepas lapan tahun jadi penyanyi


Walaupun sudah tidak bersama dengan bekas suami, memang dah tak gaduh, betul-betul bersatu sebagai sebuah keluarga,” puji netizen.

Terdahulu, pada 2018, Fasha dan Nora sepakat menyelesaikan isu mahkamah di antara mereka secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka adalah bersaudara.



Perselisihan faham di antara mereka difahamkan berlarutan sejak sekian lama namun memuncak apabila Fasha mendakwa dihalang penganjur menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya atas arahan Nora.

Dalam pada itu, Fasha turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga bekas mentuanya kerana menyambut hari ulang tahun kelahiran anak pertamanya itu.

“Terima kasih atok, Tah (panggilan Raja Noora) dan keluarga. Alhamdulillah, Rayfal sudah berusia 10 tahun,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.


Baca Artikel Menarik:

Ibu Syamsul selar Ira Kazar, hancur hati




Apa lebih menarik, semua yang hadir turut menggayakan busana sedondon berwarna merah ke acara tersebut.

Sementara itu, suami Fasha iaitu Aidil Aziz, 36, menerusi komen di Instagram mengucapkan penghargaan kepada Jejai dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis tersebut atas urusan komitmen kerja.

“Terima kasih Rizal dan keluarga. Maaf tak dapat datang. Sibuk berniaga di booth PWTC dan MITEC,” katanya.



Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya matai aitu Putra Rayfal Ramli, 10, dan Putri Raysha Jemyma, lapan tahun.

Baca Artikel Menarik:

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Fasha kemudiannya berkahwin dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.

Sebelum itu, Rizal dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 14 tahun.

Pasangan itu bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora juga sudah berkahwin lain dengan Mohd Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, lima tahun. Mr

Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker