Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya - Amelia Henderson
Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

 

Nama dua pelakon Amelia Henderson dan Aedy Ashraf kembali menjadi sebutan ramai apabila tular sebuah video ‘lamaran’ dalam media sosial sejak awal pagi ini.

‘Lamaran’ tersebut dilakukan Amelia, 27, sebelum dia mengacarakan program audio siar (podcast) miliknya iaitu Studio Sembang secara siaran langsung di sebuah festival jualan hari raya di ibu negara pada tengah malam tadi.

“Hari ini saya nak buat kejutan untuk awak. Aedy, sudikah awak menjadi milik saya?” tanya pemilik nama penuh Amelia Thripura Henderson berkenaan.

Tidak terhenti di situ, bintang filem Pulau itu menyambung semula soalannya kepada Aedy.

“Adakah awak sudi menjadi pengacara bersama bagi program Studio Sembang?” ujarnya sekali gus menamatkan teka-teki penonton.


Baca Artikel Menarik:

PU Riz Hadiahkan Neelofa Cincin


Sementara itu, Aedy turut menjawab soalan daripada penonton yang bertanya adakah mereka akan mengumumkan secara rasmi hubungan istimewa yang dikatakan sudah terjalin semula.

“Kalau ada rezeki dan jodoh, doa-doakanlah untuk kami.

“Kami memang officially (secara rasmi) berkawan, sangat-sangat rapat, saling menyokong dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” jawabnya.

Video lamaran kejutan Amelia itu seterusnya tular dalam media sosial sejak awal pagi ini meskipun realitinya situasi tersebut hanya gimik untuk programnya sendiri.

Rata-rata peminat tetap teruja dan berharap hubungan dua pelakon itu kekal sehingga ke jenjang pelamin.


Baca Artikel Menarik:

“Alahai comelnya Aedy dengan Amelia, secocok sangat!

“Harap mereka kekal, suka sangat lihat mereka berdua bersama,” komen netizen.

Terdahulu, Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi mengakui cintanya dengan Amelia yang didakwa terputus sebelum ini kembali bertaut.

Bahkan, Amelia juga tidak menafikan bahawa Aedy adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya ketika ini.

Mengimbau semula, Aedy pernah mengundang perhatian ramai apabila membuat lamaran terbuka kepada Amelia untuk disunting sebagai kekasih ketika di sebuah festival makanan sekitar Mac tahun lalu.


Baca Artikel Menarik:

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah


Bagaimanapun, pada akhir Julai 2022, Amelia dan Aedy memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.

Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu. K Online

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Baca Artikel Menarik:

Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker