Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah enggan mengakui wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani yang didakwa ‘penyondol’ dan punca keretakan rumah tangga ibu bapanya sebagai rakan.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, menegaskan wanita itu tidak layak mendapat gelaran rakannya biarpun mengenalinya sejak di bangku sekolah lagi.



“Sudah tentu saya mengenali wanita itu. Bagi saya, tiada orang baik berkelakuan seperti ini.

“Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya. Segala rasa tidak berbaloi sama ada sayang atau benci.

“Saya rasa wanita itu tidak layak menerima apa sahaja daripada saya. Semasa zaman persekolahan memang wanita itu kawan rapat dan selalu tidur di rumah saya. Kami sangat rapat.

“Jadi, wanita itu selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya,” katanya kepada BH Online.



Penyanyi yang pernah mencipta nama di Tembok Cina itu berkata, dia tidak sudi menggelarnya sebagai rakan kerana hubungannya sudah lama terputus, apatah lagi, tindakan wanita itu memberi kesan terhadap keluarga.

“Ketika meningkat dewasa, kami sudah tidak begitu rapat. Ini kerana wanita itu suka menghilangkan diri.

“Saya anggap kami tiada persefahaman sahaja. Tetapi, wanita itu lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah.

“Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana wanita itu bukan kawan baik saya.



“Perkataan kawan dan baik tidak sesuai untuknya. Mungkin kedengaran kasar, tetapi itulah kenyataannya.

“Sebagai wanita memang akan terasa berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya.

Bagaimanapun, Shila berkata, ia bukanlah perkara asing bagi dirinya kerana pernah melalui episod sama dalam kehidupannya sebelum ini, selain percaya ada perkara baik menanti mereka sekeluarga.

“Ini adalah ujian keluarga saya atau satu perkara yang menjadi titik tolak untuk kami memperbaikinya pada masa akan datang. Mungkin ada keadaan atau kehidupan lebih baik lagi.



“Saya percaya ada hikmah di sebaliknya. Bagi saya, apabila ada perkara buruk berlaku, saya tidak akan melihat secara keseluruhannya adalah buruk kerana tiada apa yang abadi dalam dunia ini.

“Dalam dunia kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan sendiri, tetapi tiada siapa dijanjikan kesempurnaan dan keabadian.

“Jadi, apa yang terjadi adalah asbab (untuk menjadi lebih baik). Saya reda dan berdamai dengan apa juga keadaan,” katanya.

Konflik rumah tangga bapa Shila iaitu Datuk ND Lala tercetus apabila isterinya, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ dalam Instagram miliknya.



Pada hantaran sama yang dikemas kini semula, Fauziah memuat naik foto wanita berkenaan dengan keterangan gambar ditulis, ‘Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani’.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini.

Sebelum ini, bapa kepada Shila itu dikaitkan dengan dakwaan berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana rakan sekolah Shila.



Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.

Pada 3 April lalu, Fauziah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi untuk memfailkan perceraian terhadap ND Lala. BH

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker